Jalan-Jalan Survey

Hari ni saya dan suami jalan-jalan di 4 buah shopping mall untuk survey market dan juga untuk melihat tapak-tapak yang mungkin sesuai untuk dijadikan cawangan baru Benang Hijau.

Lagipun saya dan suami merancang nak ke Guangzhou pada bulan Mac ni jadi kami nak tengok apa yang orang dah jual dan berapa harga yang dijual. Kiranya buat market surveylah. 🙂

Di keempat-empat shopping mall yang saya pergi, tak ada yang jual kain Cotton dan juga baju kurung cotton seperti yang saya jual.

Banyak yang jual baju kurung menggunakan kain yang nipis dan kurang berkualiti. Jadi saya rasa lebih yakin dan bersemangat untuk menambahkan lagi cawangan Benang Hijau di Johor.

Serius tak sangka kami terjebak sejauh ini.

Saya yang sangat sangat jarang beli baju, tak mengikuti perkembangan fesyen dan memang tak bergaya ni macam tak logik je ada kedai baju. Hehehe.. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *