Frust Tak Dapat Join Roadshow..
Dari semalam dah merancang untuk join roadshow di Mydin Nusajaya hari ni. Tak sabar nak menghabiskan masa dengan ejen-ejen tersayang.
Tetiba pagi ni dapat mesej berikut dari Kak Yati (yang tolong saya organize roadshow ni),
Kak Siti pergi = dah cukup kuota. Jadi saya dah takleh pergi.
Frust sangat!
Maklumlah sejak beberapa hari dok bagi semangat pada ejen-ejen di roadshow, saya pun rasa gian nak sama-sama approach prospek di roadshow.
Hahaha. Jangan ingat Manager nak relax je ye. Manager pun suka buat roadshow tau!
- Takpe. Lagi Banyak Baca, Lagi Banyak Dapat Pahala..
- Tempat Makan Best Di Taman Universiti, Skudai – Restoran Che Mek
Alamak Fadzilah, disebabkan akak, awak tak dpt join roadshow . Sorry…. huhuhu.
Ish jangan la macam tu kak. Pagi tu je frust sekejap. Lepas tu sibuk menyiapkan bahan untuk group meeting pada waktu malam. 🙂