Excited Nak Dapat Pekerja Baru! :)

Hujung bulan ni salah seorang staf saya akan berhenti. Saya memang belum sempat nak iklankan jawatan kosong walaupun dah terfikir nak buat.

Hari ni saya chat dengan ex-PA saya yang sedang sambung pengajian Masters di UTM. Dia bagitau ada sorang kawan dia sedang mencari kerja.

Dia pun cakap kawan dia okay sangat dan dengar macam tu je saya dah excited.

Hahaha.. boleh gitu?

 

Harap-harap kawan dia sudi kerja dengan saya dan bantu mengembangkan lagi bisnes saya. Sekarang saya belum mampu nak bayar gaji terlalu tinggi (melebihi RM2000). Tapi insyaAllah memang nak sangat ada pekerja yang jauh lebih bijak dari saya.

Target saya nak ada seorang pekerja yang saya boleh bayar gaji RM10,000 sebulan dan dia boleh tolong uruskan bisnes sepenuhnya tanpa kehadiran saya.

Oh pekerja idaman, muncullah dalam hidupku! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *