Excited Dengan Shawl Baru

Siang tadi ada photoshoot untuk koleksi terkini Benang Hijau.

Ada Shawl Nadeera corak. Ada Shawl Nadeera plain. Dan juga produk terkini Benang Hijau iaitu Bawal Naura. Bawal Naura ni bawal labuh dengan bidang 55 dengan jahitan tepi berwarna kontra esklusif dari Benang Hijau.

Chewah semangat promote.

 

Yang tak bestnya kami cuma ada masa 2 jam untuk shoot sebab studio full hari ni. Jadi ada sebahagian Bawal Naura yang tak sempat shoot.

Takpelah, redho jelah. Lagipun minggu minggu depan pun nak shoot lagi untuk koleksi Baju Kurung Pahang Safiyya. Tapi frust jugak sebenarnya sebab sepatutnya esok nak upload semua ke web.

Semua ada 45 warna. Tapi yang sempat shoot tak sampai 20 warna. Tu yang frust sangat tu.

 

Pada saya Shawl Nadeera printed kali ni cantik cantik sangat. Yang plain pun cantik. Warna-warna pastel yang memang senang nak dipadankan dengan baju. Memang tak sabar rasanya nak upload gambar. Tapi disebabkan kainnya pun masih dalam perjalanan, saya pun taknak gelojoh sangat.

Memang boleh je nak ambil preorder, tapi kang nanti tetiba kain delay, jenuh nak menjawab dengan customer.Β At least kain dah depan mata baru la confident sikit nak upload gambar. So nanti tinggal potong dan jahit je.

InsyaAllah kain akan sampai dalam 28 Feb atau selewat-lewatnya 1 Mac. Minggu depan je. So takpelah. Sabar sikitttt je. πŸ™‚

 

Tadi production team Benang Hijau cuba buat shawl dengan awning. Cantik sangat awningnya. Pastu senang sangat nak gayakan. Serius excited sangat. Tak sabar nak tunggu kain sampai dan nak buat shawl berawning pulak. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *