Blog Chef Joharie

Pagi tadi saya berjumpa seorang Chef dan isterinya yang ingin mempunyai blog @ website bisnes dan ingin belajar cara update blog.

Kelas bermula sekitar pukul 10 pagi.

Chef Joharie merupakan bekas chef hotel dan sekarang menerima tempahan kek, roti dan juga kelas membuat kek.

Beliau dah popular di sekitar Kelang tetapi ingin menggunakan internet untuk mengembangkan lagi bisnes beliau.

Sesi pertama dimulakan dengan perbincangan nama domain dan akhirnya mereka sepakat memilih nama chefjoharie.com.

Selepas itu saya mendaftarkan nama domain, install wordpress, update header, install plugin yang penting untuk sebuah blog dan masukkan Facebook Likebox.

Selepas itu saya mengajar mereka mengupdate blog, tips untuk dijumpai oleh pelanggan yang membuat carian di search engine, tips penggunaan category dan tags, tips menaikkan ranking di search engine dan juga tips pemasaran Facebook.

Kelas berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Mereka siap belanaja saya makan Nasi Ayam. Alhamdulillah… 🙂

Saya doakan En Joharie dan Puan Suhaila istiqamah dalam mengupdate blog ini dan seterusnya mendapat banyak tempahan melalui blog.

Kepada rakan-rakan usahawan yang berminat untuk memiliki website perniagaan, bolehlah hubungi saya di talian 0127498940.

Harga : RM400 + RM60 (domain). Dalam masa beberapa jam, anda sudah mempunyai sebuah website yang profesional dan boleh meyakinkan bakal pelanggan anda! 🙂

 

2 thoughts on “Blog Chef Joharie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *