Bila Dah Start, Kemain Gigih..

Punyalah lama blog tak update. Sekali dah update, terus 4 entri dalam masa sehari. Gigih betul. 🙂

Hari ni adalah hari yang sangat sibuk. Alhamdulillah banyak dapat order termasuklah yang nak borong tudung 3 layer, baju kurung bermanik dan juga settlekan order kain cotton bagi pemborong-pemborong preorder.

Dalam kesibukan, sempat jugak singgah jumpa klien Mutual Gold (yang dah melabur lebih RM100,000) yang nak keluarkan sebahagian wang pelaburan dia.

Sempat juga call seorang klien yang nak tambah pelaburan.

Alhamdulillah.. rezeki dari Allah.

Sememangnya nak berjaya ni bukan senang. Kena melalui satu fasa yang sangat sibuk. Tapi mujurlah ada pekerja-pekerja yang banyak membantu.

Selalu orang tanya boleh percaya ke pada pekerja? Tak risau pekerja ambil duit? Tak risau pekerja curi barang?

Kalau kita berfikir macam ni, memang tak boleh jadi usahawan. Macam yang selalu saya cakap, saya tak pernah jumpa jutawan yang tak ada pekerja.

Memang kita kena percayakan orang lain dalam hidup kita. Kalau semua benda kita nak buat sorang-sorang, memang kita tak akan melangkah jauh.

Dan bila kita bagi kepercayaan kepada pekerja, insyaAllah mereka juga akan bekerja dengan lebih gembira dan lebih produktif. 🙂

 

One thought on “Bila Dah Start, Kemain Gigih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *