Bertangguh

Masalah bertangguh semakin serius.

Nak buat benda yang suka je. Yang tak suka @ tak best taknak buat.

 

Pastu bila tengok bisnes orang lain berkembang maju mulalah rasa jeles dan stress.

Aduiiii…

 

Semalam anak jiran lama datang ke rumah. Datang nak bincang pasal kerja. Dia nak kerja dengan saya sebab stress dengan kerja sekarang.

Kerja sekarang ni sangat sibuk. Nak solat pun tak sempat. Jadi dia selalu solat Zohor dekat-dekat dengan waktu Asar sebab nak jimatkan masa.

Dia dah kerja 7 tahun. Gaji asal RM250 dan sekarang gaji dalam RM900. Kerja 6 hari seminggu. Waktu kerja dalam 11 jam sehari.

Katanya nak berhenti bukan sebab bos. Cuma tak tahan dengan pekerja lain yang suka buli dia (sebab dia ada masalah pendengaran sikit).

Setiap hari stress. Balik kerja menangis. Nak cerita dengan family taknak family risau. Tapi memang tak happy.

 

Dia datang dengan sepupu dia. Sepupu dia pun minat nak kerja dengan saya jugak sebab tak tahan dengan bos yang bayar gaji tak tetap.

Kerja 5 hari seminggu. Pukul 9 pagi hingga 6 petang. Tempat kerja pun jauh. Dekat 30km dari rumah. Bulan lepas bos bagi gaji RM500 je.

Nak berhenti, belum dapat kerja di tempat lain.

Dah banyak hantar resume tapi belum ada rezeki.

 

Dia cakap dia tak kisah sangat pasal gaji. Dia pun pernah kerja di tadika dengan gaji RM250 sebulan. Masa tu dia sorang kerja dan jaga 24 orang budak. Dia berhenti kerja kat situ sebab dapat tawaran sambung belajar di KPTM.

Tempat kerja sekarang ni pulak dia dah kerja dalam 4 tahun.

Tapi sekarang dia tak happy sebab bos macam tak jaga kebajikan. Gaji tak tetap. Ikut suka bos nak bagi berapa.

Katanya kalau dapat kerja di tempat lain, sekarang jugak dia nak berhenti.

 

Sedih sangat dengar kisah dia ni. Tapi sekarang ni kat rumah pun ada 3 orang pekerja. Campur dengan anak jiran nanti dah jadi 4 orang. Jadi buat masa ni dah cukup sangat.

Saya cakap insyaAllah kalau ada kerja nanti saya inform dia.

 

Time time macam ni rasa tak sabar nak majukan lagi bisnes supaya boleh bagi lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain.

Pastu nak wujudkan suasana kerja yang best.

Nak bagi gaji yang lebih lagi kepada pekerja.

Nak sama-sama berkongsi rezeki.

 

Yang pastinya, kena ubah sikap bertangguh dulu!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *