Ala-Ala Pasaran Saham

Hari ni mood ala-ala pasaran saham.

Bangun pagi kurang happy dengan arrangement butik yang saya nak take over.

Lepas tu happy sebab management Jusco Taman Universiti benarkan saya untuk jual baju kurung di kiosk.

Pastu kurang happy bila dapat call dari seseorang yang saya tak kenal dan bercakap dengan nada yang kurang baik. Isunya masih berkenaan butik tu.

Pastu rasa happy kembali bila dapat settlekan semuanya dengan baik.

Pastu happy bila kiosk ada sales.

Pastu happy lagi bila jumpa staf Jusco dan mungkin ada peluang untuk BFF saya buka kiosk di Jusco Taman Universiti jugak. 🙂

Pastu happy bila dapat deal dengan management KB Mall untuk tunda tarikh pembukaan outlet kepada 5hb Jun sebab saya akan ke Guangzhou pada awal Jun.

Pastu kurang happy bila jumpa seorang downline unit trust yang membawa khabar kurang baik.

Pastu happy bila dapat call dari management sebuah airport yang memaklumkan bahawa Manager dia meluluskan permohonan saya untuk sewa kedai pada kadar sewa yang lebih rendah dari yang ditetapkan. Dekat RM500 jugak yang dikurangkan. 🙂

Okay bye. Nak siap-siap untuk ke tapak outlet baru Benang Hijau. Appointment dengan kontraktor untuk estimate berapa kos pengubahsuaian.

Chewahh.. ayat cam nak renovate besar-besar je. Padahal nak buat lantai dan bumbung je. Hihihi..

Sampai jumpa lagi! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *