Adakah Anda Ingin Membina Blog Sendiri?

Hari ini seorang sahabat baik saya telah meminta bantuan saya untuk mengajarnya membina blog. Memandangkan dia berada di Kelantan, maka agak susah untuk saya mengajarnya secara hands-on. Jadi, dia pun meminta bantuan saya untuk membina blog untuknya dan selepas itu mengajarnya cara untuk mengendalikannya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya diminta untuk membantu membina blog @ laman web untuk rakan-rakan. Walaupun ada yang membayar perkhidmatan ini, ada juga yang saya bantu dengan ikhlas; termasuklah seorang lecturer saya semasa saya sedang belajar di peringkat Masters di UTM sebelum ini.

Namun begitu, apabila saya semakin sibuk saya mula sedar bahawa saya tidak mampu untuk membantu semua orang kerana ia merupakan proses yang memakan masa dan kadangkala saya terpaksa mengorbankan masa saya untuk melakukan bisnes saya dan juga masa bersama keluarga.

Oleh itu, bermula April 2009, saya mula mengenakan caj sebanyak RM300 bagi setiap laman web .com (caj ini termasuklah bayaran doman dan hosting selama setahun dari NetKL.com). Sebaliknya untuk laman web percuma seperti blogspot, saya mengenakan caj sebanyak RM150. Upah ini merangkumi pemasangan, mengajar cara untuk mengendali laman web, pemilihan tema yang bersesuaian, submission kepada search engine, mengajar teknik search engine optimization dan juga memasukkan widget2 yang bersesuaian seperti shoutbox, slide dll.

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis saya, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

One thought on “Adakah Anda Ingin Membina Blog Sendiri?

  1. Ab Karim Wahab

    Ya , saya ingin menggunakan perkhidmatan Puan untuk membina satu laman web untuk kegunaan saya pada harga total yg disebutkan , iaitu sebanyak RM300 . Saya seorang bekas Akauntan dan sekarang adalah Pensyarah Kewangan separoh masa dan juga memberi tuisyen kpd penuntut-penuntut .

    Saya beralamat di No 6 , Lorong Golf , Bangi Golf Resort , 43650 Bandar Baru Bangi , Selangor . Saya berumur 66 tahun dan tidak mempunyai pendidikan dalam bidang IT . Tetapi saya boleh berkomunikasi melalui internet . Harap maklum .

    18 Sep 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *