Stress Dan Pressure Seorang Usahawan

Being comfortable doesn’t grow your intelligence; stress and pressure does.

 

Pagi ni baca quote di atas dari Robert Kiyosaki.

 

Pastu tetiba rasa happy. Sebab semenjak dua menjak ni memang saya rasa stress dan pressure tentang bisnes.

 

Bukan sebab bisnes tak okay. Tapi sebab saya cuba buat yang terbaik untuk memajukan bisnes ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Hari tu berbual dengan seorang sahabat. Dia tanya pasal bisnes. Saya pun jawablah Alhamdulillah okay. Tak sangka pulak boleh menjalani kehidupan selesa dan boleh bagi peluang pekerjaan kepada orang lain hanya dengan bisnes pakaian wanita.

Pastu sahabat tu pun kata,

“Buat bisnes ni macam bawak kapal terbang. Mula-mula je susah. Bila dah sampai ketinggian tertentu, dah senang. Cuma kena maintain jelah.”

Pastu saya jawab…

“Tapi aku belum rasa senang sangat ni. Masih rasa pressure.”

 

Katanya lagi…

“Kau pressure sebab ko nak naik kepada ketinggian yang lebih tinggi. Kalau kau nak maintain ketinggian sekarang, dah tak pressure kan.”

 

Bila dia jawab macam tu kan, setuju sangat. Dan terus rasa happy. Hihihi..

 

So kepada rakan-rakan usahawan yang mungkin sama-sama rasa pressure macam saya, jangan sedih tau. Kita pressure bukan sebab kapal terbang kita nak jatuh, tapi sebab kita nak naik lebih tinggi.

Bye!

 

 

One thought on “Stress Dan Pressure Seorang Usahawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *