Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Saya rasa salah satu kunci rumah tangga yang bahagia adalah bila kita tak menceritakan sebarang benda negatif yang berlaku dalam rumah tangga kita kepada orang lain.

Bila kita mula bercerita..

1. Benda yang kecik akan nampak besar.

Kadang-kadang bila tengah seronok bercerita tu, mungkin jugak kita nak ‘emphasize’ sesuatu benda. Jadi, kita secara langsung @ tak langsung ter’exaggerate’ dan ‘elaborate’ sesuatu benda. Bila kita buat macam ni, benda remeh pun boleh jadi benda besar.

2. Kebarangkalian untuk dihasut adalah tinggi.

Yelah.. bila kita dah bercerita pada seseorang kan, mungkin dia terlalu kesian pada kita. Jadi, dia mungkin ‘terhasut’ kita dengan memberi semangat kononnya kita boleh dapat pasangan yang lebih baik atau menyalahkan pasangan kita kerana patut bagi layanan yang lebih baik kepada kita.

Kita tak tahu dalam hati orang. Tak mustahil orang yang rapat dengan kita suka bila tengok kita susah. Jadi, dia akan bagi ‘nasihat’ untuk merosakkan lagi rumah tangga kita.

3. Orang yang mendengar akan mendapat maklumat sebelah pihak.

Contohnya kalau kita bercerita pada adik beradik kita, biasanya kita akan ceritakan keburukan @ kesalahan pasangan kita je. Jadi, keluarga kita akan nampak pasangan kitalah yang buruk. Padahal kita pun MESTI ada buat salah jugak kan.

Kadangkala keluarga yang ‘terlalu’ sayangkan anak memang boleh menyebabkan rumah tangga anak kacau bilau.

 

Kesimpulannya, kalau ada masalah dengan pasangan, jangan sesekali bercerita pada orang lain. Cuba muhasabah diri dan fikir apa cara terbaik untuk atasi.

Percaya atau tak, 90% masalah kita dengan orang lain adalah berpunca dari kita. Jadi, kalau kita ubah sikap kita, kita dapat perbaiki 90% masalah yang dihadapi.

Kalau kita sentiasa menyayangi dan menghargai pasangan kita, mereka juga pasti akan menyayangi dan menghargai kita!

Yang terlebih kasih sayang,
Fadzilah Mamat
25 Januari 2012

One comment

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge