Pengalaman Pahit Berniaga..

Salah satu pengalaman pahit saya dalam berniaga adalah semasa saya berniaga goreng pisang.

Pada suatu hari, saya buat donut. Penat sangat menguli tepung, buat bulat-bulat dan goreng.

Dah siap, saya pun tinggalkan donut di gerai dan saya keluar berjumpa pelanggan (masa ni saya buat Zhulian, tapi dah mula slow down).

Selepas beberapa jam, saya kembali semula ke gerai untuk membantu suami saya mengemas barang.

Yang sedihnya, tak ada satupun donut yang terjual. :(

Penat sangat buat. Tapi satu pun orang tak beli. Masa tu rasa macam nak nangis je…

Sampai sekarang saya ingat peristiwa ni. Dan sampai sekarang saya tak akan meletakkan 100% harapan bila saya membuat sesuatu.

Kepada yang mungkin ada pengalaman macam saya, jangan give up ya. Terus berusaha. InsyaAllah kejayaan besar sedang menanti anda di hadapan.

 

3 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge