Mengalah Untuk Menang..

Dulu-dulu saya suka nak menang.

Tapi sekarang tak. Saya tak suka nak gaduh. Dan saya tak suka nak menang.

Sebab sememangnya setiap manusia mempunyai cara berfikir yang berbeza, dan dia akan merasa dirinya betul.

Jadi, apabila saya kurang bersetuju dengan pendapat seseorang, saya cuma tersenyum dan simpan di dalam hati.

Dan saya akan berfikir,

Takpelah kalau dia fikir macam tu. Mungkin ada betulnya. Mungkin kalau aku di tempat dia, aku pun akan berfikir macam tu. Mungkin pengalaman dia yang lepas menjadikan dia berfikir macam tu. Mungkin suatu hari nanti aku pun akan berfikir macam tu.

 

Dengan cara ni, saya dapat mengelakkan perselisihan dan saya pun dapat menjadi lebih tenang dan bahagia.

Bak kata pepatah,

Sometimes we need to lose a battle to win a war.

 

Biarlah dia rasa dia menang. Yang penting hubungan dapat diteruskan dan kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan.

Jom ubah cara kita berfikir! :))

2 thoughts on “Mengalah Untuk Menang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *