Macamana Nak Hilangkan Rasa Tension?

Malam ni rasa penat sangat. Maklumlah dari tengahari ke malam gigih bekerja.

Bila dah penat, tetiba rasa tension.

Nak tahu apa yang saya buat bila saya rasa tension?

1. Fikir balik apa sebenarnya yang menjadikan saya tension.

2. Buat ayat penyedap hati.

Sebagai contoh, saya pernah rasa tension sebab kena bayar duit parking extra sebanyak RM1.60 padahal cuma terlewat 2 minit.

Tapi bila fikir balik, alah bayar RM1.60 je pun, takkanlah emosi Fadzilah Mamat cuma bernilai serendah RM1.60.

Lepas tu terus mood okay.

Satu lagi pernah jugak rasa tension dengan seseorang yang pemalas tapi bila fikir balik, bersyukur sangat sebab Allah jadikan dia yang pemalas, dan bukannya saya.

Haha.. saya ni memang pandai buat ayat penyedap hati. Kalau ada sebarang masalah boleh contact saya ye, confirm hati anda akan ceria dan berbunga-bunga riang selalu! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *