Kepercayaan = Pendapatan

Malam ni kan bila saya renung-renung balik, saya dapat buat kesimpulan bahawa..

Kepercayaan = Pendapatan

Lagi tinggi kepercayaan orang terhadap kita, maka lagi tinggilah pendapatan kita.

Sebagai peniaga macam saya, dengan adanya kepercayaan,

1. Ada supplier yang bagi kemudahan kredit

2. Ada pekerja yang sudi bekerja

3. Pelanggan percaya dan yakin untuk membeli walaupun dengan hanya melihat gambar

4. Pelanggan yakin untuk membuat pembelian secara preorder

5. Urusan dengan supplier, shipping agent, tuan kedai, kontraktor, management shopping mall dan pelbagai pihak menjadi mudah dan lancar

Kesimpulannya, kalau rasa nak tingkatkan pendapatan, kita kenalah tingkatkan kepercayaan orang terhadap kita.

Kepercayaan bahawa kita jujur dan amanah.
Kepercayaan bahawa kita mampu untuk laksanakan sesuatu.
Kepercayaan bahawa kita akan menepati janji yang kita berikan.

Saya pun tak sempurna. Ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tapi saya kongsikan perkara ni sebagai peringatan untuk kita bersama.

Jom sama-sama tingkatkan kepercayaan orang terhadap kita! 🙂

One thought on “Kepercayaan = Pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *