Jangan Tension, Relaks Je..

Seorang motivator telah bercerita mengenai anak rakannya yang bad mood sepanjang hari kerana kereta mainannya rosak.

Sebagai orang dewasa, kita merasakan bahawa masalah dia tersangatlah kecil tapi bagi budak itu dia rasa tension sangat.

Begitulah perasaan kita bila kita ingat balik masalah-masalah yang dulunya kita rasa besar.

Malah kadangkala benda yang dulunya membuat kita rasa tension atau malu akan menjadi satu kenangan manis yang sukar dilupakan.

Untuk diri saya, jika saya berhadapan dengan sesuatu masalah, saya akan berfikir bahawa setahun dari sekarang masalah ini akan saya anggap sebagai perkara yang kecil sahaja.

Satu lagi adalah cara untuk mengurangkan rasa tension adalah bila kita mengingati mati.

Bila kita sedar bahawa ajal boleh menjemput kita pada bila-bila masa, perasaan risau dan tension akan berkurangan kerana yang lebih penting adalah persediaan kita untuk hidup kekal di alam akhirat nanti.

Tapi, kalau kurang bersedia, mestilah lagi tension kan? 😉

Apa jua masalah yang anda hadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Kalau tak boleh hadapi seorang diri, minta bantuan dari rakan-rakan terdekat atau orang yang lebih arif.

Percayalah, Allah tidak akan memberi kita ujian yang kita tak mampu tanggung.

Satu lagi,

Jadi, jika anda sedang stress, jangan tension ya, relaks je..

One thought on “Jangan Tension, Relaks Je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *