Inverse Paranoid

Pagi ni saya terima mesej daripada salah seorang pemborong yang bersangka buruk dengan saya.

Dia merasakan bahawa saya lebih mengutamakan pembeli runcit dan tidak bagi keutamaan kepada pembeli borong.

Pagi-pagi lagi dah sakit hati baca mesej dia.

Tapi bila fikir-fikir balik, saya rasa bersimpati dengan orang macam ni. Orang yang berburuk sangka pada semua orang dan merasakan diri sendiri adalah mangsa.

Baru semalam saya baca bab ini di dalam buku The Power of Self Confidence oleh Brian Tracy. Untuk menjadi seorang yang cemerlang, kita perlu menjadi seorang yang “inverse paranoid”.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Inverse Paranoid”?

Orang yang Paranoid adalah orang yang suka berfikir negatif, sentiasa berburuk sangka dan merasakan bahawa ada ‘giant conspiracy’ untuk menjatuhkan diri dia.

Manakala Inverse Paranoid pula adalah orang yang suka berfikir positif, sentiasa berbaik sangka dan merasakan bahawa segala yang berlaku adalah untuk mengajar sesuatu yang berharga untuk dia mencapai apa yang diinginkan di dalam hidupnya.

Alhamdulillah saya rasa semakin hari tahap Inverse Paranoid saya makin bertambah dan saya tidak mudah stress dan lebih tenang.

Sebagai contoh terdekat, pada hari Ahad yang lepas saya pergi ke Vietnam untuk menguruskan Visa pembantu rumah saya.

Pada malam tersebut, saya berjumpa dengan kawan saya di sana dan dia minta maaf kerana lupa nak maklumkan kepada saya bahawa jabatan kerajaan di Vietnam akan bercuti dua hari pada hari Isnin dan Selasa kerana menyambut tahun baru.

Kalau nak stress, memang boleh sangat kan?

Saya boleh je geram dengan kawan saya sebab dia tak maklumkan lebih awal. Sedangkan saya dah beli tiket pada harga yang mahal (lebih 2 kali ganda daripada biasa) kononnya untuk uruskan cepat-cepat sebelum cuti sekolah berakhir.

Boleh je nak marah dia atau nak keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Tapi saya berbaik sangka. Saya tahu dia sendiri sangat sibuk dan tidak ingat tentang cuti umum di tempatnya.

Saya bersangka baik dengan berfikir bahawa pasti ada hikmah kedatangan saya ke Vietnam pada kali ini. Kalau memang urusan ni tak settle, tapi mungkin Allah nak ketemukan saya dengan supplier yang baru, kenalan baru dan pasti saya dapat belajar sesuatu yang baru kali ini.

So saya cakap, okay takpe. Esok kita cuba pergi ke Kedutaan Malaysia. Sebab kalau tak silap saya kedutaan sesebuah negara akan bercuti berdasarkan hari Cuti Umum di negara asal. Kalau memang Kedutaan Malaysia cuti jugak, baru saya nak stress. 🙂

So esoknya pagi-pagi lagi saya dah bersiap untuk ke Kedutaaan. Sepatutnya kami bertolak pada pukul 9 pagi tetapi kawan saya datang lambat sebab semua orang menyatakan bahawa pejabat Kedutaan pun pasti tutup.

Bila kawan saya sampai, saya cakap takpelah jom kita pergi jugak. At least saya puas hati. So kami pun pergilah.

Dan Alhamdulillah memang Kedutaan tak cuti. Jadi dapatlah saya berjumpa dengan pegawai di sana dan bertanya tentang proses permohonan Visa untuk pembantu rumah saya.

Yeay!!

Kalau saya dah tension-tension dari semalam, buat penat je kan? Jadi lepas ni jangan terlalu mudah nak tension ya. Tangguhkan dulu perasaan tension sehingga ternyata memang betul kita patut tension.

Dan dalam masa dua hari saya di Vietnam saya juga dapat berkenalan dengan beberapa orang kenalan baru, supplier baru dan juga sempat singgah ke beberapa kedai kain yang saya tak sempat singgah sebelum ini.

Pendek kata, pemergian saya ke Vietnam pada kali ini tidaklah sia-sia. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *