InsyaAllah Ada Jalannya..

Khas untuk seorang sahabat yang nak buat bisnes tapi takut-takut..

 

Kalau nak berjaya, tiru cara orang berjaya. Kalau taknak berjaya, tiru cara orang yang tak berjaya.

Banyak berehat. Banyak bersantai. Banyak duduk saja-saja. Banyak tengok TV. Banyak bergossip. Kononnya bersyukur. Redha. Rezeki setakat ni sahaja. Nak ada banyak masa dengan keluarga. Taknak sibuk sangat. Suami tak suka sibuk sangat. Hidup sekarang pun dah selesa sangat. Taknaklah tinggal-tinggal anak. Taknaklah sibuk sangat. Takpelah tak kaya pun janji ada banyak masa dengan keluarga.

Sebenarnya memang orang kaya dan berjaya ni sibuk. Tapi sibuk dia bukanlah sampai bila-bila. Macam saya ni pun, kalau taknak sibuk pun boleh. Sekarang dah ada 6 outlet dan ada staf yang boleh diharapkan. Ada pasif income dari kerjaya Unit Trust Consultant Public Mutual.

Tapi saya sibuk sebab nak mencipta lebih banyak pasif income untuk saya di samping mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

Saya sibuk sekarang sebab nak bersantai di masa akan datang. Sekarang pun dah boleh santai. Tapi saya pilih untuk sibuk supaya bukan saya je boleh bersantai, tapi anak-anak pun boleh bersantai. Boleh belajar dalam bidang yang mereka minat dan buat apa yang mereka minat bila dah dewasa nanti.

Dalam setiap bisnes, pasti ada yang gagal. Tapi tak bermakna bisnes tu tak bagus. Sebab pasti ada ramai juga yang berjaya dalam bisnes yang sama. Kalau awak asyik tengok orang yang gagal je, sampai bila-bila awak takkan berjaya.

Maaf kalau kata-kata di atas ni agak garang.

Saya faham awak takut. Saya faham awak takut awak gagal. Saya pun pernah gagal. Pernah susah sangat.

Tapi kalau awak tak mencuba, sampai bila-bila keadaan awak tak berubah.

Hanya kita boleh ubah hidup kita. Dan cara untuk ubah adalah dengan membuat sesuatu di luar zon selesa kita!

2 thoughts on “InsyaAllah Ada Jalannya..

  1. RISCHA

    assalamualaikum, kak. saya suka sgt ikuti artikel2 akak memang memberansangkan. akak cakap pasl takut memulakan perniagaan. saya ada cita2 utk buat perniagaan tetapi bile saya menyatakan hasrat saya kpde keluarga utk menjadi ahli perniagaan. saya diperlekeh2kan oleh keluarga sendiri. saya rasa cukup down sekarang tetapi saya masih mengharapkan sinar harapan utk saya kejalan yg hendak pilih. saya bakal graduate dlm bidang diploma dan masih 20an. saya benar2 ase tertekan kerana keluarga sendiri tak memberikan sokongan

  2. Min

    FM,

    Thanks for a great article 🙂

    Harap boleh jadi macam FM, sangat bekerja keras. Walaupun kdg2 rasa dah sibuk sangat, bila tengok jadual FM memang min kategori santai. Huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *