Ulasan Berita : Eight-year-old boy’s foot gets stuck in mall escalator

Hari ni saya membaca berita yang agak mengerikan iaitu Eight-year-old boy’s foot gets stuck in mall escalator.

Saya harap kejadian ini dapat menjadi satu pengajaran kepada ibu bapa agar lebih menjaga keselamatan anak2 ketika sedang menaiki eskalator.

Sebenarnya saya dan suami pernah melihat kejadian yang hampir sama. Dalam kejadian itu, si ibu sibuk melihat ke arah pentas (kerana ada konsert nyanyian) dan tidak menyedari anaknya memasukkan jari di celah2 eskalator sehinggalah anaknya menjerit kesakitan. Selepas itu eskalator itu terpaksa dihentikan dan dikopak untuk mengeluarkan jari anaknya.

Saya pun tak pasti samada jari itu berjaya diselamatkan atau tidak tetapi sejak kejadian itu saya memang akan sentiasa memegang tangan anak2 ataupun memasukkan mereka ke dalam troli sebelum menaiki eskalator. Tak sanggup rasanya membayangkan kesakitan yang perlu ditanggung oleh anak2 akibat kecuaian kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *