That’s It!

Prinsip saya, buat baik pada semua orang. Tapi kalau dah terserlah kejahatan @ sikap yang negatif, jauhkan diri dari dia.

Saya ada seorang kenalan perempuan di Vietnam. Selama ni bila saya pergi ke Vietnam saya selalu minta bantuan dia untuk pick up saya di airport dan temankan saya shopping. Dan saya akan bagi upah kat dia sekitar RM100 sehari sebagai upah dia temankan saya.

Tapi kawan saya ni tamak.

Bila dia temankan saya shopping, rupanya dia mintak komisyen dari pembelian saya. Jadi penjual akan kenakan harga yang lebih mahal kepada saya sebab nak bayar komisyen pada dia.

Benda ni dah lama berlaku tapi saya masih bersabar sebab saya selalu fikir win-win. Takpelah, walaupun dia untung, tapi saya pun masih untung.

Dah beberapa orang bagitau saya tentang sikap dia ni tapi saya senyum je. Sebab saya memang ikhlas bersahabat dengan dia. Sampaikan supplier saya pun hairan kenapa saya masih bagi peluang pada dia.

 

Minggu lepas semasa saya pergi Vietnam dengan suami, saya pergi ke sebuah kedai beg. Lepas tawar menawar, saya beli beg dalam jumlah yang agak banyak.

Disebabkan sambutan yang baik, masa saya ke Vietnam dua tiga hari lepas saya pergi lagi. Kali ni saya minta dia temankan sebab saya nak minta dia tolong tawar harga.

Tapi dia bukannya tawar harga, sebaliknya dia mark up harga. Sudahnya harga yang saya dapat dengan dia adalah lebih mahal daripada harga yang saya dapat minggu lepas.

Pendek kata saya beli beg dengan harga yang lebih mahal daripada jika saya pergi sendiri ke kedai tersebut. Bila saya tanya orang kedai, orang kedai cakap dia sendiri yang pandai tambah-tambahkan harga setiap kali saya minta dia tanyakan harga. Dan dia minta orang kedai bagi dia perbezaan harga selepas saya buat bayaran.

Sambil-sambil dia tersenyum mesra dengan saya. Sambil sambil dia panggil saya sayang. Sambil-sambil kami berbual sebagai seorang sahabat. Rupa-rupanya dia ambil kesempatan terhadap kebaikan saya.

Selepas tahu perkara ni, saya dah takde hati untuk terus berurusan dengan dia. Dan suami pun memang taknak saya berhubung dengan dia lagi.

Pada mulanya saya nak diamkan sahaja. Tapi saya memang tak pandai nak bermuka-muka. Kalau saya dah tak suka, saya tak pandai nak berlakon. Dan saya pun malas nak berlakon.

Last-last semalam saya bagitau dia bahawa saya tahu dia menipu saya dan lepas ni saya taknak berurusan dengan dia lagi.

Dia agak melenting. Dan dia kata dia tak pernah tipu saya.

 

Dah tua-tua ni saya pun dah bijak sikit. Mana ada orang nak mengaku dia tipu kita. Lagipun saya pun faham setiap manusia ada ego dan dia merasakan tindakan dia adalah tindakan yang betul.

Saya pun sama gak. Selalu je perasan saya betul. ­čÖé

 

Kesimpulannya, kalau dah terserlah kejahatan, tak payah la bagi peluang kedua @ ketiga sebab manusia yang tamak ni takkan berubah. Pada dia duit yang ada tak pernah cukup. Dan selagi ada peluang dia akan ambil kesempatan.

 

Kepada semua sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini, diharap lebih berhati-hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *