Tak Suka

Salah satu perkara yang tak suka adalah bila pekerja bermasalah yang diberhentikan sibuk nak minta gaji awal.

Gaji dah ditetapkan sekian sekian haribulan. Sebelum masuk kerja dah setuju.

Bila buat hal dan kena pecat, sibuk nak minta gaji sekarang jugak.

Cantik muka kau. Orang lain yang kerja betul-betul pun boleh je tunggu hari gaji. Yang kau tetiba nak special sangat apehal. Dah tentu kau tu diberhentikan sebab bermasalah.

Dah beberapa kali dah terkena. Bila saya cakap tunggu hari gaji, boleh pulak tanya, “Kenapa?”

Geram je nak jawab, “Suka hati akulah. Aku kan bos.”

 

Ada juga bangsa yang sibuk nak melibatkan orang lain. Pakwe la. Mak ayah la. Yang bekerja tu dia. Tapi sibuk minta orang lain wakilkan untuk minta gaji.

Padahal kalau kerja dengan gomen pun, kalau dah kena berhenti, tetaplah kena tunggu time gaji. Takkanlah gomen tetiba nak masukkan gaji awal pulak.

Mentang-mentang la kita ni syarikat kecik, nak kasi pressure kat kita pulak.

 

Tapi yang bagusnya sekarang pun saya jadi lebih tegas. Apa-apahal sebelum masuk kerja dah sound siap-siap. Pastu saya pun sekarang bukan main ambil je. Biar takde pekerja daripada pekerja tak okay.

Semalam ada baca artikel dari Donald Trump pasal pekerja-pekerja yang patut dibuang. Antaranya pekerja yang selalu mengeluh bila disuruh buat kerja, pekerja yang selalu ‘mengular’ dan pekerja yang suka ikut kepala sendiri.

 

Memang tak bagus pekerja macam ni dibiarkan dalam organisasi kita sebab nanti pekerja lain pun akan terikut perangai malas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *