Tak Suka Peniaga Yang Tak Bersungguh..

Semalam saya hantar email kepada seorang peniaga online. Saya memang berminat sangat nak beli barang yang dijual.

Bila tak dapat balasan, hari ni saya hantar email kepada peniaga yang lain pulak. Pun tak dapat balasan.

Maybe sebab hari Ahad.

Tapi… bila kita memang dah tak sabar nak sesuatu benda, rasa gerammmm je bila orang tak respon.

Mungkin ramai sangat yang nak beli kot.

Tapi tulah.. kalau sibuk sangat, carilah pembantu kan.

 

Bila saya tulis entri ni, bukanlah bermakna saya ni pandai sangat uruskan bisnes. Tapi pengajaran kepada diri sendiri jugak supaya cepat-cepat reply sms/whatsapp/email walaupun sibuk macamana sekalipun.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *