Syarikat Singapura vs Syarikat Antarabangsa

Menurut satu kajian yang dilakukan di US, seseorang pekerja akan bertukar pekerjaan setiap 2 hingga 4 tahun. Jika anda tergolong di dalam golongan sebegini, anda adalah seorang yang normal!

 

Sebenarnya saya sendiri juga pernah termasuk dalam golongan ini semasa saya bekerja dahulu. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa saya ini terlalu kerap bertukar tempat kerja, tetapi adakalanya itulah pilihan terbaik yang perlu saya lakukan.

 

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas sebagai seorang Test Engineer di dalam industri elektronic manufacturing, saya telah bekerja dengan 2 buah syarikat antarabangsa (Solectron Technology dan Celestica Electronics) dan 2 buah syarikat Singapura (VS Industry dan Jurong Hi-Tech).

 

Syarikat antarabangsa memberi benefit yang jauh lebih baik daripada syarikat Singapura. Syarikat antarabangsa juga memberi kebebasan yang lebih kepada para pekerja dan melayan pekerja dengan sangat baik. Selain itu, syarikat antarabangsa juga melayan golongan eksekutif dan ke atas dengan penuh profesional dan menyediakan kemudahan yang sangat memuaskan.

 

Jika anda sedang berkira-kira untuk bekerja dengan syarikat Singapura, fikir sekali lagi! Ini kerana, syarikat sebegini sangatlah berkira dari segi kebajikan pekerja. Jika anda bukanlah berbangsa Cina, anda juga bolehlah melupakan cita-cita dan impian anda untuk naik ke Management Level kerana ia hampir mustahil dan sangat jarang berlaku.

 

Walaupun perkongsian ini kedengaran agak emosional, tapi pandangan ini merupakan pandangan saya dan juga rakan-rakan seangkatan yang pernah merasai betapa tidak adilnya pihak pengurusan syarikat Singapura terhadap pekerja berbangsa Melayu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *