Soalan Menghina

Pernah tak dapat soalan menghina?

Contohnya…

1. Berapa gaji awak sekarang? *dengan muka berlagak*

2. Naik kereta apa sekarang?

 

Memang ada orang yang berniat baik dan tanya dengan cara yang baik-baik. Orang macam ni, kita pun dapat rasa keikhlasan dia. Dan kita pun tak rasa sentap dengan soalan dia.

Tapi orang yang tanya soalan dengan nada menghina ni yang selalu buat saya sentap.

Dan mintak maaf cakap, berdasarkan pengalaman saya, orang yang tanya macam ni selalunya orang MLM.

Maaf ya orang MLM. Saya pun ada juga join bisnes MLM. Yelah.. Herbalife tu kan MLM. Tapi saya jadi ahli sebab nak pakai murah.

Kepada orang MLM yang tak buat kerja ni, bagus. Maknanya artikel ni tak ditujukan kepada anda.

Saya ni memang tak kaya. Tak pakai BMW. Tak duduk rumah Banglo. Tak de driver.

Tapi janganlah kerek sangat dengan saya. Janganlah berlagak macam awak sorang je duit banyak. Macam bisnes awak je yang bagus. Macam bisnes awak je untung paling banyak dalam dunia ni.

Takpelah, mungkin bisnes kecil-kecilan saya untung sikit. Bisnes baju dan kain tudung je kan. Orang pun tak beli hari-hari macam orang makan nasi kan.

Tapi, tak payahlah berlagak sangat ya. Sebab orang-orang macam saya pun taknak kecoh berapa banyak untung saya setiap hari. Bukan setiap bulan ya, setiap hari. Sebab orang berniaga macam saya, setiap hari dapat duit.

Kalau saya dah tak berminat dengan produk awak, tak payahlah awak dok tanya-tanya soalan seolah-olah nak condemn bisnes saya dan life saya.

Kalau awak memang untung banyak, Alhamdulillah. Saya gembira untuk awak. Sebab saya tahu bila duit awak banyak, awak pun pasti banyak bersedekah dan bayar zakat kan. Alhamdulillah.. saya memang suka orang yang sebangsa dan seagama saya berjaya.

Tapi, tolong jangan kacau saya boleh?

Biarlah rakyat marhaen macam saya cari makan dengan cara yang saya suka.

4 thoughts on “Soalan Menghina

  1. Tudung Labuh Online

    Hehe.. MLM = Mulut Laser Membunuh

    Meeting lewat malam

    Memang lumrah orang MLM suka baakar hati orang lain. Moga2 bila kita terbakar akan join jadi downline

    Apa pun.. Tak semua macam tu. Ada je jumpa kawan kawan yang baik.

    Setuju juga point akak.. bisnes tudung duit masuk hari hari2.. awal awal memang sikit. lama lama banyak lah tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *