Soalan Bodoh

Sebagai seorang perempuan yang mudah emo, kadang-kadang rasa bosan bila dapat soalan bodoh.

Dah tulis terang-terang pakej ke Vietnam adalah ground package dan tak termasuk tiket flight, nak tanya lagi.

Saya buat pakej ni bukannya amik untung sangat. Cuma nak berkawan dengan usahawan lain.

Tapi bila dah banyak sangat soalan bodoh, terus sentap.

Bila dah sentap, memang rasa malas nak melayan. Kang nanti lagi stress bila dah sama-sama bermusafir.

Beberapa hari lepas semasa mengadu dengan suami, dia cakap,

Sabarlah.. Mungkin diorang tak biasa.

 

Lepas tu saya pun cakap,

Ya Abah, Umi sabarlah ni. Kalau Umi tak sabar, Umi dah marah dia. Tapi takkanlah Umi tak boleh nak mengadu dengan Abah kot. Umi ni kan perempuan emo. Bukanlah manusia berjiwa sufi yang langsung tak ada perasaan marah.

 

Lepas tu dia pun cakap,

Okay. Betul jugak kan. Bodoh betul diorang ni kan. Dah tulis siap-siap pun tanya lagi. Memang bodoh!

 

Hahhaa… inilah contoh suami cemerlang ya tuan puan. Betul-betul bagi sokongan padu pada bini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *