Sedih..

Nak meluahkan perasaan ni.

Kadang-kadang rasa sedih bila orang terdekat anggap kita ni kaya dan berjaya tapi dah lupa diri.

Kononnya kita ni sombong sebab tak telefon dia.

Kononnya kita ni kedekut sebab tak belanja @ bagi duit kat dia.

Kononnya kita ni dah menjauhkan diri dari dia.

Kononnya kita ni sesuka hati pergi ke luar negara tapi seolah-olah tak pedulikan kesusahan dia.

Kononnya kita ni mewah sangat dan duit berkepuk-kepuk dan bila-bila masa dia perlukan pertolongan, kita wajib tolong dia.

 

Sedih sangat bila orang terdekat fikir macam ni.

Memang bisnes saya makin berkembang. Memang outlet makin bertambah.

Tapi nak kembangkan bisnes pun memerlukan duit.

Duit untuk beli barang. Duit untuk bayar deposit kedai. Duit untuk bayar gaji pekerja. Duit untuk bayar api air. Duit untuk bayar bil telefon dan internet. Duit tambang dan duit hotel untuk saya ke luar negara bagi membeli stok. Dan juga duit untuk keperluan seharian saya.

Sedih bila ada yang beranggapan seolah-olah duit mencurah-curah macam air tanpa saya perlu berbuat apa-apa.

Padahal kehidupan saya jauh lebih sibuk berbanding kehidupan mereka. Setiap hari kerja. Tak ada cuti hujung minggu. Tak ada cuti umum. Kerja dari pagi sampai ke malam.

Selalu rasa sedih bila kena tinggalkan anak-anak. Selalu kena pujuk hati bahawa semua ni sementara sahaja. Selalu fikir jauh. Selalu fikir jangka masa panjang.

 

Nasihat saya untuk para pembaca,

Kalau anda masih ada masa untuk fikir negatif tentang orang lain, maknanya anda tak betul-betul gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Sedang anda sibuk bercakap tentang orang lain, mereka makin melangkah maju di hadapan.

Kurangkan kontroversi, tingkatkan produktiviti!

 

 

2 thoughts on “Sedih..

  1. Yati

    Menitis airmata baca artikel ni. Bukan semua orang faham kesusahan kita. Mereka nampak kesenangan je. Padahal ada harga mahal yang perlu di bayar untuk mendapatkan kesenangan tu. Terpaksa meninggalkan anak-anak, dan bekerja 20 jam sehari,(tido 4 jam je). 7 hari seminggu.

    Orang yang dah rasa je akan faham. Akak doakan Fadzilah terus berjaya menjadi usahawan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *