Saya Tak Suka Tengok TV & Saya Tak Suka Anak-Anak Tengok TV

Macamana saya ada banyak masa untuk update blog, close sales, coaching ejen dan mengajar anak? Rahsianya adalah saya tidak menonton TV. Pada saya, menonton TV adalah satu perkara yang sangat merugikan.

Apatah lagi rancangan bersiri dengan pelakon yang tidak menutup aurat, kisah keluarga dengan gaya hidup yang mementingkan keduniaan, kisah anak-anak derhaka dan dialog-dialog yang kurang senonoh di mata saya.

Memang betul, ada drama atau filem yang dapat memberikan pengajaran, tapi pada saya pengajaran yang diperoleh adalah terlalu sikit berbanding dengan dialog dan babak yang boleh memberi contoh negatif kepada anak-anak saya.

Tak campur lagi dengan iklan yang mempengaruhi anak-anak untuk membeli barangan tertentu, iklan yang cuba menonjolkan gaya hidup tertentu, iklan yang menunjukkan pergaulan yang bebas dan sewaktu dengannya.

Saya cukup tak berkenan dengan iklan sebuah losyen yang mana si gadis rasa bangga bila bersentuhan dengan lelaki lain sebab kulit dia lembut. Nauzubillah.. kalau ada anak perempuan, memang mintak dijauhkan sangat.

Pastu iklan deodorant Nivea kot yang mana bila pakai kononnya ketiak jadi putih pastu sibuk nak tayang ketiak. Aduyai… tak berkenan sungguh!!

Pendek kata, saya lebih rela anak-anak tengok DVD cerita kartun dan main PS2 daripada menonton drama Melayu di TV.

Say no to TV!

“You watch television to turn your brain off and you work on your computer when you want to turn your brain on.”
— Steve Jobs, co-founder of Apple Computer and Pixar, in Macworld Magazine, February 2004

Saya pernah berkunjung ke rumah seorang kenalan. Dia peminat sebuah drama di Astro. Hari tu kebetulan dia ada hal jadi bila dia balik ke rumah, dia minta anak-anaknya (anak lelaki berusia 8 tahun dan anak perempuan berusia 11 tahun) untuk bagi ringkasan episod yang dia tertinggal.

Pastu anak dia ceritalah. Heroin kena rogol. Pastu dia mengandung. Pastu dia nak gugurkan kandungan sebab taknak lahirkan anak haram.

Aduyai.. rasa cam nak balik masa tu jugak sebelum anak saya tanya rogol tu apa, gugurkan kandungan tu apa dan anak haram tu apa.

InsyaAllah lain kali saya sambung lagi topik ni ya. Especially topik tuan rumah bukak TV bila tetamu datang. Tetamu datang nak berbual dengan tuan rumah, bukannya nak tengok TV. Jadi, bila tetamu datang, tak payahlah bukak TV ya. Dikhuatiri tetamu cepat-cepat rasa nak balik sebab tak selesa.

 

3 thoughts on “Saya Tak Suka Tengok TV & Saya Tak Suka Anak-Anak Tengok TV

  1. amirahzainab

    yah punya pandangan bukak tv tu.. mcm buy us time sementara nak buat air dan hidang makanan. hahahaha 😉 apa pn.. seronok jugak tgk tv bersama famili 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *