Rasa Tertipu..

Hari ni saya pergi ke Eternal Beaute Spa di BBU. Saya ke sini melalui kupon yang saya beli di Groupon.

Semasa sesi urutan, staff kat sana bagi pilihan samada minyak Ginger atau Colagen. Minyak Ginger RM25. Minyak Colagen RM30.

Saya : Memang kena bayar ke?

Staff : Yelah..

Saya : Saya rasa tertipu la macam ni. Kat pakej tu takde pun cakap suruh bayar apa-apa lagi. Habis kalau tak bayar macamana?

Staff : Tak boleh urutla.

Saya : @#$%^*! (dalam hati). Oklah saya pilih yang Colagen.

Bukan tak boleh bayar. Tapi sakit hati sebab rasa tertipu. Kalau memang pakej tu harga lebih mahal, cakaplah.

Memang saya ni bukanlah otai sangat dalam bidang spa ni. Tapi setakat ni 2-3 spa yang saya pergi takde lagi yang caj extra untuk minyak urut.

Dahlah RM30. Kalau isi minyak kereta, boleh pusing satu JB.

Ala RM30 pun kecoh. Bukan soal RM30. Tapi soal peniaga yang tak jujur. Kalau orang tak bawak duit macamana?

Satu lagi saya tak puas hati pasal bilik Jacuzzi dia.

 

Memang best mandi kat Jacuzzi. Tapi rasa tak best langsung bila pintu bilik mandi tu tak ditutup. Rasa macam bila-bila masa je orang boleh masuk.

Pendek kata, memang tak akan datang lagi ke Eternal Beaute Spa, BBU. Dan mungkin taknak beli sebarang kupon melalui Groupon lagi. Ternyata indah khabar dari rupa.

 

2 thoughts on “Rasa Tertipu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *