Pesanan kepada MLMer – Tolong Hormati Masa Orang Lain!

Topik hari ni merupakan kesinambungan daripada isu Perunding Unit Trust yang berpura-pura menjadi prospek namun agak berbeza sedikit kerana melibatkan prospek daripada industri MLM pulak.

Pada suatu masa, ada seorang MLMer yang kononnya mahu mendengar penjelasan yang lebih lanjut berkenaan Pelaburan Unit Trust. Pastu selepas saya terangkan secara ringkas tentang pulangan yang pelabur boleh dapat melalui pelaburan UT (dalam lingkungan 15-60 peratus setahun), dia boleh tanya saya satu soalan mencabar.

“Okey, kalau pelaburan UT u ni boleh bagi return 15 hingga 60 peratus setahun, dan memerlukan modal permulaan sebanyak RM1000, u berminat tak kalau i ada peluang untuk dapat lebih RM100,000 dengan modal yang sama?” katanya MLMer dari upTrend ni.

Masa tu, rasa macam nak tergelak pun ada. Rupa-rupanya saya ni pulak yang jadi prospek dia. Yang buat saya paling geram adalah lepas tu dia pulak yang beria-ria bercerita tentang bisnes dia dan sibuk nak buat presentation pulak.

Jika anda mengenali saya atau pernah membaca pandangan saya tentang MLM, saya memang tidak akan menyertai MLM semata-mata kerana terpedaya dengan kata-kata indah dari MLMer. Saya hanya akan join jika produk yang di tawarkan itu berkualiti dan saya ingin menggunakannya. Namun, bila saya kata saya tidak berminat, dia makin bersungguh-sungguh cuba meyakinkan saya. Walaupun saya cuba untuk cool, tapi sebenarnya dalam hati saya rasa geram sangat.

Bukan apa, saya ni buat roadshow di shopping complex. Bukan free. Nak kena bayar sampai beribu-ribu. Dia pulak sesuka hati nak datang buat promosi percuma sambil bazirkan masa dan tenaga orang. Dahlah kalau kat shopping mall ni kan prospek ramai yang lalu lalang. Ruginya….

Boleh tak rakan-rakan bayangkan perasaan seorang Perunding Unit Trust yang terpaksa spend hampir setengah jam mendengar presentation daripada orang macam ni? Tension… tension…

Nasihat saya kepada MLMer, tolonglah hormati masa orang lain. Jika anda ingin mempromosikan perniagaan anda, sila lakukan dengan cara yang profesional. Jangan sampai prospek hilang hormat kepada anda.

Lagipun dalam bidang sales ni, adakalanya kita kena terima hakikat bahawa prospek tidak berminat dan itu bukan rezeki kita. Namun jika kita terus berusaha, kita akan mendapat ganjaran melebihi apa yang kita usahakan.

3 thoughts on “Pesanan kepada MLMer – Tolong Hormati Masa Orang Lain!

  1. Mat Yol

    (nyanyi ikut lagu 'geram' ( black dog bone)

    geram jangan engkau geram.
    Geram bermacam ragam, kerana suka, kerana marah, janganlah kau geram.
    Bila kau melihat prospek yang mungkin, janganlah engkau menggoda.
    Kerana jikalau dia tu suspek, engkau akan jadi bahaya.

    Geram, jangan engkau geram.
    geram-geram.
    eram bermacam ragam.
    kerana tension, kerana gabra.
    janganlah kau geram.

    Bila kau melihat subjek yang datang, hendaklah engkau tersenyum.
    tetapi jikalau dia tak layan, janganlah engkau geram.

    Bila kau melihat dia berminat,
    hendaklah engkau mengayat.
    tetapi jikalau dia jual mahal, janganlah engkau geram.

    geram-geram
    berapa banyak geram daaa

    Sabo jelah

  2. Puterayon

    Haha..betul2..aku sokong..MLM..Sorry to MLM..go to the hell MLM..merujuk kepada Sky punya istilah…Kalau nak tempah coklat lagi contact aku..supplier dari Bukit Kayu Hitam plak..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *