Wednesday March 19, 2008 00:02

Perunding Murahan – Penyangak di dalam industri Unit Trust

Posted by FadzilahMamat

Hari ini merupakan hari kedua saya membuat roadshow Public Mutual di Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Johor. Sedikit info untuk rakan-rakan yang bukan warganegeri Johor, ia merupakan Komples Kastam dan Imigresen yang terletak di Lebuhraya Secondlink yang merupakan laluan alternatif untuk ke Singapura.

Melalui roadshow ini, saya telah berjumpa dengan staf-staf Kastam dan Imigresen dan juga driver-driver lori dan bas yang menuju ke Singapura. Seronok juga kerana dapat melihat (walaupun secara tidak langsung) apa yang berlaku di sekitar kompleks ini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah perasaan jengkel saya terhadap beberapa prospek yang berpura-pura berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang pelaburan Unit Trust Public Mutual. Mereka meminta penjelasan yang sangat terperinci dan bertanya pelbagai soalan tentang pelaburan Unit Trust.

Sebenarnya, sebagai seorang Perunding Unit Trust, saya tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu tentang pelaburan Unit Trust walaupun kita tahu bahawa selepas mendengar penerangan kita, seseorang prospek itu mungkin akan melabur dengan perunding lain.

Apa yang menyebabkan saya geram tahap gaban adalah kerana mereka ini bukanlah prospek mahupun suspek. Mereka ni sebenarnya merupakan seorang Perunding Unit Trust dan berpura-pura menjadi prospek untuk melihat bagaimana cara Perunding lain membuat presentation. Setelah saya membuat presentation yang sangat terperinci selama hampir sejam, akhirnya barulah mereka membuka rahsia bahawa mereka juga merupakan seorang Perunding Unit Trust. Dan mereka inilah yang saya gelarkan Perunding Murahan.

Saya paling menyampah dengan golongan sebegini. Dan saya yakin ramai juga rakan-rakan Perunding Unit Trust di luar sana yang pernah terkena perkara sebegini.

Jika rakan-rakan merupakan salah seorang Perunding Murahan yang pernah melakukan perkara sebegini,  hentikanlah tabiat buruk anda.

Tolonglah hormati masa orang lain. Jangan bazirkan masa orang lain. Lebih baik kami menggunakan masa yang terhad semasa roadshow untuk memperkenalkan produk kami kepada prospek, bukannya kepada Perunding Murahan yang tidak pandai menghormati masa dan tenaga orang lain.



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

1 Response to Perunding Murahan – Penyangak di dalam industri Unit Trust

Avatar

Mat Yol

May 2nd, 2008 at 12:07 pm

Saya istilahkan ia sbg taktik kotor. Dalam bisnes atau politik atau benda yg melibatkan kepentingan diri (baik zaman dulu atau sekarang) taktik kotor memang digunakan. So sebagai pemain dalam industri yg dimaksudkan, u mesti bersedia dan meramal situasi ini dan mungkin mengenalpasti kaedah mengatasinya. Selalu bersedia utk the worst case. Harap u berjaya

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!