Perjalanan Balik Yang Sungguh Mencabar

Dua hari lepas semasa saya makan di sebuah Restoran Muslim berdekatan hotel saya, saya berjumpa dengan seorang usahawan dari Malaysia iaitu En Farid yang membekalkan spare part motor berkuasa tinggi.

Sembang-sembang, rupa-rupanya dia pun akan balik dengan flight yang sama dengan saya iaitu pada pukul 1.20 tengahari 3 Jun 2013.

Jadi kami pun plan untuk kongsi teksi supaya dapat menjimatkan kos.

Kalau barang tak banyak, boleh je naik Metro dan bayar dalam 13 Yuan. Tapi disebabkan masing-masing ada banyak barang, jadi lebih praktikal kalau naik teksi @ van.

So dalam pukul 10 pagi En Farid sampai ke hotel untuk pickup saya. Suami dah pesan jangan duduk sebelah-sebelah. Saya dah plan, kalau dia duduk belakang, saya duduk depan.

Mujurlah dia pun jenis lelaki yang bersopan dan pilih untuk duduk di depan.

Sampai airport sekitar pukul 11.20 pagi dan gate masih belum dibuka. Jadi kami pun beratur je dulu. Kat depan kami ada beberapa penumpang lain. Tapi kiranya kami antara yang terawal.

Bila tiba time saya, staf airport kata nama saya tiada dalam senarai. Tapi saya tenang je. Memang selalu jugak kata nama takde tapi sebenarnya bila cek balik, memang ada.

Tapi kali ni dah cek banyak kali memang takde. Saya pun keluarkan screen shot di bawah.

20130603-203759.jpg

 

Rupa-rupanya waktu penerbangan saya adalah 1.20 pagi tadi dan bukannya 1.20 tengahari. Dengan kata lain, saya dah terlepas flight.

Bukan saya sorang je. En Farid pun sama. Dan ada 4 lagi penumpang yang ada masalah yang sama.

Mungkin kami memang sengal. Tapi kat situ tak tulis am @ pm dan saya pun dah cek tiket tu banyak kali.

Staf minta kami ke kaunter sebelah untuk dia uruskan penumpang lain.

Staf di kaunter sebelah minta saya call bahagian ticketing. Adoiiiiii saya ni dahlah takde simcard China. Tak sanggup nak gunakan phone saya untuk call. Dengan tunggu lagi. Dengan belum tentu dia faham apa yang saya cakap lagi. Stress sekejap.

So saya minta dia call. Saya cakap saya nak balik secepat mungkin sebab visa saya akan tamat esok.

Dia minta saya tunggu dulu sementara dia follow up dengan bahagian ticketing. Katanya flight ni dah penuh jadi mungkin perlu tunggu flight seterusnya iaitu pukul 1.20 esok.

Saya pun duduk dan cuba tenangkan diri. Mula-mula rasa taknak inform suami takut dia risau. Tapi last-last saya inform jugak seperti msg di bawah.

20130603-204033.jpg

Lepas tu saya pergi ke kaunter semula. Kali ni dia cakap flight ada kosong sebab ada 3 orang baru sahaja cancel flight. Cuma sekarang ni dia perlu cek berapa saya perlu bayar.

Saya ni kalau pergi memborong memang akan balik dalam keadaan papa kedana. Biasanya cuma tinggal beberapa puluh ringgit je untuk teksi dan makan.

Kebetulan kali ni ada lebih RM2000 di tangan. Duit yang saya tak tukar sebab kadar tukaran yang rendah. Jadi setiap hari saya withdraw duit dari ATM dan gunakan duit tu untuk memborong.

So tadi saya kena tambah RM1190 untuk flight GZ-KL-JB dan penumpang ke KL kena tambah RM1035.

Serius sakit hati. Serius bengang. Serius geram dengan MAS. Tapi kalau gaduh kat kaunter tadi pun no point kan. Entah-entah lagilah staf tu taknak layan dan taknak tolong uruskan tiket saya.

Tapi insyaAllah esok akan hantar emel aduan pada pihak MAS. At least letak la 0120am kat tiket tu. Staf tu pun cakap ramai juga penumpang yang menghadapi masalah macam ni.

Mujurlah hari ni saya ada duit di tangan. Kalau orang yang takde duit macamana? Kalau tiket flight memang takde langsung macamana?

Alhamdulillah saya dah selamat sampai di Malaysia. Sekarang saya berada di KLIA dan sedang menunggu flight ke JB pada pukul 9.20 malam ni.

Semoga pengalaman pahit saya ni dapat menjadi pedoman kepada rakan-rakan yang akan melancong @ memborong di luar negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *