Perasaan Bercampur-Campur..

Malam ni tiba-tiba teringat pada kawan-kawan MRSM PC 97/98. So, saya pun singgahla ke beberapa blog dan juga FB beberapa rakan yang agak rapat dengan saya.

Dari satu blog, singgah ke blog lain. Dari satu profile FB, ke profile FB yang lain pulak.

Macam-macam perasaan timbul.

Kesian – Pada seseorang yang lain yang diuji dengan kesihatan anak-anak.

Bersyukur – Bila baca keluhan hati seseorang yang belum kahwin dan masih teringat pada bekas kekasih. Bersyukur sebab saya dianugerahkan nikmat pasangan pada usia yang sangat muda. Alhamdulillah, tahun ni kami akan sambut ulangtahun ke 10.

Risau – Bila baca pasal seseorang yang sebaya dengan saya dan dah mendapat sakit jantung. Rasa bersyukur sangat dengan segala nikmat kesihatan yang diberiNya. Di samping berazam nak menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Curious – Ha? Ni pun ada? 🙂 Curious dengan beberapa orang yang bercerai. Ada yang dah 3 kali bercerai sebelum umur 30 tahun. Kenapa ya? Hmm… taknak fikir negatif. Mungkin ini ujian Allah kepadaNya. Setiap orang kan diuji dalam bentuk yang berbeza-beza.

Happy – Dengan perubahan seseorang yang sudah semakin positif. Dulu saya terpaksa baca status dia yang selalu negatif. Tapi nampaknya sekarang dia dah banyak perubahan. Alhamdulillah..

Pendek kata, perasaan saya bercampur-campur malam ni.

Yang pastinya, secara keseluruhannya saya sangat-sangat bersyukur dan happy dengan kehidupan saya sekarang.

Bukan sebab saya tidak diuji. Tapi sebab Allah kurniakan saya pemikiran sihat & cerdas yang membantu saya melihat sesuatu yang positif dari setiap apa yang berlaku, dan menjadikan saya seorang isteri, ibu, anak, sahabat, kakak dan UTC yang sangat bahagia. Alhamdulillah!

Happiness is appreciating & enjoying what you have & what you don’t have! -FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *