Penyibuk

Orang yang penyibuk adalah orang yang sibuk nak ambil tahu pasal kehidupan orang lain.

Sibuk nak tahu kenapa, mengapa, siapa, bagaimana, di mana?

 

Ada seorang kawan rapat saya bercerita ada yang tanya dia,

Fadzilah kan jual tudung. Awak taknak jual tudung jugak ke?

 

Bodoh tak soalan macam ni?

Soalan yang melambangkan sifat penyibuk dan jugak kurang bijak.

Kenapa tak tanya,

Fadzilah dah pindah KB. Awak taknak pindah KB ke?

Fadzilah mengandung. Awak taknak mengandung ke?

 

Sebelum kita bertanya apa-apa kepada orang lain, tanya dulu diri kita, apa kepentingan benda tu dalam hidup kita. Saya pun kepochi jugak, tapi pandai-pandailah cover. Janganlah sampai orang rasa rimas.

Tak pernah-pernah contact, tiba-tiba nak tanya macam-macam soalan seolah-olah menjadi tanggungjawab kita pulak untuk menjawab.

 

Kepada yang ditanya soalan oleh penyibuk, meh saya bagi idea sikit macamana nak jawab.

Jawab balik, kenapa?

Kenapa nak tahu?

Kalau betul, kenapa?

Kalau tak betul, kenapa?

Apa kesan dalam hidup awak?

Adakah ia menjejaskan sistem pencernaan awak?

 

Okay sekian entri hangat di tengahari yang hangat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *