Pengalaman Tertipu Dengan Dealer Premium Beautiful

Petang ni terbaca perbincangan hangat tentang business MLM di blog matjoe.com. Entri yang saya baca bertajuk Tembelang Premium Beautiful dan Bio Aura Pecah? Keuntungan MLM Hai-O Merosot.

Berikut adalah antara komen pengunjung bernama Linda,

Saya pun beli PB dari akak sebab mase tu Blog dia buat promition. Boleh bayar ansur PB ni selama 1 tahun. Means monthly x lah mahal.

I pun agree tuk beli dgn dia.
Bile jumpe & pakai PB set dengan dia, dia mula masuk jarum citer pasal Business Hi-O (Premium Beautiful) ni.

Memang saya termakan kata-kata dia.
Rasa mcm kene pukau pun ade ! haha.
Trus saya agree nak join!
Cetek betul ilmu saya masa tu..

Yang kelakar nya, bila kita dah join of coz lah kita tau harga member tuk PB ni. Murah dalam 400 drpd harga dia jual.

I tanya dia,boleh tak if I pakai je set modal I, 1 set. instead of bayar kat dia ansur2 sampai 1 tahun.
So I Jimat lah kan. ???
Coz I pun dah buat business ni, buat ape I ansur2 hutang kan?

DIA TAK AGREE! Dia kata, eh, kita kan dah deal I nak hutang dengan Dia.

Yang buat I confuse, I dah join member, Plus ! dah ade SET PB sendiri. Kenapa I mesti Hutang lg dgn dia??

Bila baca komen ni, teringat pengalaman buruk saya beli PB pada tahun 2004.

Masa tu saya muda lagi. Umur 23 tahun dan masih bekerja di sebuah syarikat elektronik.

Pada suatu hari dapat brochure tentang Premium Beautiful. Nampak macam best je. Masa tu saya baru je lepas pantang anak pertama. Kononnya nak kembali langsing la kan..

Saya pun hubungi salah seorang dealer untuk beli PB ni.

Kebetulan keesokan harinya ada taklimat dari ejen PB yang dah berjaya dari KL. Jadi dealer tu jemput saya join sekali.

Masa taklimat tu, saya memang rasa lebih yakin untuk beli PB dan lepas taklimat saya terus mendaftar sebagai ahli dan beli PB.

Yang saya geram sangatttttttttttt sebab dealer tu jual PB dengan harga non-member padahal saya pun dah jadi ahli. Bila saya argue, dia kata memang macam tu prosedurnya.

Saya yang kurang bijak lagi masa tu terima jelah. Tapi bila saya tengok balik senarai harga dealer, memang saya tak puas hati dan rasa tertipu sangat.

PB tu pun saya pakai beberapa kali je. Since tak pakai, saya bagi pinjam pada adik angkat saya dan sampai sekarang PB tu masih dengan dia. Rasanya dia pun tak pakai.. 🙂

Sampai sekarang saya ‘tak puas hati’ dengan dealer dan pemimpin dia. Kebetulan pemimpin dia tinggal dia area Johor Bahru jugak. Dan kami pun seringkali terserempak. Pernah juga duduk semeja di sebuah seminar keusahawanan. What a small world kan?

Memang betul masa saya kena tipu tu saya mentah lagi. Tapi jangan ingat diorang boleh lepas macam tu je.

Beberapa bulan lepas, ada kenalan datang rumah promotekan Hai-O. Bila tahu dia dari kumpulan leader tu, memang saya terus sentap.

Kepada rakan-rakan usahawan, jangan sesekali menipu orang lain. Orang muda ke, orang miskin ke, orang susah ke, orang bodoh ke. Jangan sesekali menipu.

Sebab sememangnya orang yang tertipu akan ingat perbuatan kita.

 

5 thoughts on “Pengalaman Tertipu Dengan Dealer Premium Beautiful

    1. miss sam

      Salam ana. untuk jadi member hanya perlu byr rm50. tapi kalau nak beli 1 set je dgn harga agen xperlu jd agen pn. ramai yg jual dgn harga agen. Call saya jika nak tau lebih lanjut. 0172120437.

  1. miss sam

    Assalammualaikum, maaflah nak menyampuk juga! hehe saya juga agen berdaftar Premium beautiful. sebenarnya agen nih ada mcm2 strategi utk jual produk mereka. Yg fadzilah & Linda jumpe tu, sy rase xpatutlah dieorg bt mcm tu. saya sendiri pakai set sendiri setelah jd ahli. tiada paksaan dr leader utk beli set dieorg. ada ramai lg agen yg menjual secara jujur & ikhlas. cuma kena hati2 lah sbb manusiakan..rambut sama hitam, hati lain2. Fadzilah pakailah set PB yg dh ade tu. syg je..sbb PB nih bkn utk kurus je..ada mcm2 kebaikan lain utk kesihatan. yg lepas tu biarlah Allah shj yg membalas. Take care.

  2. ckin

    memang sngat tak patut!! cara dia berniaga.. mesti jujur kalu nk cari rezeki.. sy pun agen PB juga sbb mmg saya tahu kebaikannye!! sy percaya tak kemana kalu orng tak jujur berbizness!! pasti ada balasann^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *