Panggilan Daripada Isteri Yang Cemburu

Cerita hari ini masih berkisar tentang kehilangan telefon bimbit saya. Memandangkan saya tidak boleh mendapatkan semula nombor telefon lama saya, jadi saya telah menghantar SMS kepada semua pelabur dan juga prospek yang telah saya jumpa sebelum ini. Sebenarnya mesej itu agak formal dan berbunyi begini:

“Assalamualaikum, saya Fadzilah Mamat (Public Mutual). Saya telah kehilangan handphone saya. Ini merupakan no terbaru saya. Harap maklum.”

Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu panggilan telefon yang saya terima daripada seorang isteri yang cemburu. Wanita ini telah memeriksa handphone suaminya dan berasa sangsi apabila membaca SMS saya. Dia merasakan bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Aduhai….

Apabila dia bertanya kepada saya apa hubungan saya dengan suaminya, saya pun menerangkan bahawa saya merupakan Perunding Unit Trust daripada Public Mutual dan suaminya merupakan prospek saya (to be frank, saya pun tak pasti suaminya ni prospek yang mana satu sebab saya telah hantar SMS tu kepada semua prospek yang memberikan no telefon kepada saya sebelum ini).

Pada mulanya dia tidak percaya, tetapi apabila saya jawab dengan tenang, akhirnya dia mengalah dan meletakkan telefon. Apa yang lebih kelakar, selang beberapa minit, dia call saya semula dan bertanya saya jika suaminya juga menggatal dengan saya semasa saya berjumpa dengannya.

So true! 🙂

Saya pun tidak tahu kenapa wanita ini terlalu cemburu tetapi saya rasa mungkin sebelum ini suaminya pernah mempunyai hubungan dengan wanita lain. Ini menyebabkan dia tidak percaya dengan suaminya.

Jika anda merupakan seorang suami, nasihat saya adalah cuba hargai kepercayaan isteri anda. Jangan sampai mereka curiga dengan setiap tindakan anda. Nanti hidup anda juga yang susah. Dan juga menyusahkan bakal perunding unit trust anda. He.. he.. he..

One thought on “Panggilan Daripada Isteri Yang Cemburu

  1. Pingback: Kisah Isteri Prospek Saya Yang Cemburu | | SMART Consultant TeamSMART Consultant Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *