Thursday April 3, 2008 20:23

Panggilan Daripada Isteri Yang Cemburu

Posted by FadzilahMamat

Cerita hari ini masih berkisar tentang kehilangan telefon bimbit saya. Memandangkan saya tidak boleh mendapatkan semula nombor telefon lama saya, jadi saya telah menghantar SMS kepada semua pelabur dan juga prospek yang telah saya jumpa sebelum ini. Sebenarnya mesej itu agak formal dan berbunyi begini: “Assalamualaikum, saya Fadzilah Mamat (Public Mutual). Saya telah kehilangan handphone saya. Ini merupakan no terbaru saya. Harap maklum.”

Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu panggilan telefon yang saya terima daripada seorang isteri yang cemburu. Wanita ini telah memeriksa handphone suaminya dan berasa sangsi apabila membaca SMS saya. Dia merasakan bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Aduhai….

Apabila dia bertanya kepada saya apa hubungan saya dengan suaminya, saya pun menerangkan bahawa saya merupakan Perunding Unit Trust daripada Public Mutual dan suaminya merupakan prospek saya (to be frank, saya pun tak pasti suaminya ni prospek yang mana satu sebab saya telah hantar SMS tu kepada semua prospek yang memberikan no telefon kepada saya sebelum ini).

Pada mulanya dia tidak percaya, tetapi apabila saya jawab dengan tenang, akhirnya dia mengalah dan meletakkan telefon. Apa yang lebih kelakar, selang beberapa minit, dia call saya semula dan bertanya saya jika suaminya juga menggatal dengan saya semasa saya berjumpa dengannya.

Saya pun tidak tahu kenapa wanita ini terlalu cemburu tetapi saya rasa mungkin sebelum ini suaminya pernah mempunyai hubungan dengan wanita lain. Ini menyebabkan dia tidak percaya dengan suaminya.

Jika anda merupakan seorang suami, nasihat saya adalah cuba hargai kepercayaan isteri anda. Jangan sampai mereka curiga dengan setiap tindakan anda. Nanti hidup anda juga yang susah. Dan juga menyusahkan bakal perunding unit trust anda. He.. he.. he..



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!