Pagi Pagi Dah Sedikit Emo

Ada seorang staf bernama Izyan.

Sebelum kerja kemain hantar sms baik-baik dan cakap pun baik-baik.

Nak gaji lebih dari yang biasa saya bayar pada pekerja kiosk. Saya cakap boleh dengan syarat kena manage akaun Instagram syarikat.

Dah dekat sebulan kerja, tak de update pun pada akaun tu. So saya cakap, kalau dia tak update, saya bayar gaji sama macam pekerja kiosk yang lain.

Lepas tu dia main screenshot album dan upload di instagram. Kiranya dia tak upload satu-satu gambar. Dasar pemalas.

Lepas tu hari Sabtu mesej bagitau hari Isnin (semalam) dan seterusnya dia tak boleh kerja sebab takde orang jaga anak. Dia akan start kerja pada hari Isnin (hari raya kelima).

Saya pun call cakap baik-baik. Saya tanya dia, kalau dia kerja kerajaan @ kerja dengan syarikat besar, boleh ke suka suka hati nak cuti dengan alasan takde orang jaga anak?

Saya cakap, saya tak paksa. Tapi saya harap dia boleh cuba cari penyelesaian. Saya juga cakap, kalau dia tak boleh bagi komitmen, bagi peluang saya cari pekerja yang boleh bagi komitmen. Temper sebab ini bukan kali pertama. Dah banyak kali jugak ada masalah penjagaan anak ni.

Biasanya saya bayar gaji staf 7hb. Tapi bulan ni bayar awal. Hari Sabtu malam tu dah settlekan gaji dia.

Hari Ahad saya call banyak kali tak dapat. Saya sms tak reply. Saya cuma nak tahu samada dia boleh datang atau tak. Kalau memang tak boleh takpe. Saya cuma nak tahu sebab nak arrange pengganti. Tu pun tak boleh nak reply.

Okay fine. Saya dah suruh staf lain datang ke kiosk pada hari Isnin. Sebab dah boleh agak dia takkan datang.

Saya pun lega sangat sebenarnya. Sebab saya ni tak tergamak nak pecat orang. Tapi kalau staf yang hampeh dah missing in action, lagilah bagus. Ada peluang nak ganti dengan staf yang lebih baik.

Pagi ni dia SMS tanya pasal gaji dia katanya tak cukup RM100 dari yang saya transfer. Wah.. pasal duit contact saya jugak ya. Nampak sangat jenis yang takde prinsip. Kalau betul terjal, dah taknak reply call dan SMS, takyah contact boss lagi kan. Ni nampak sangat jenis muka tak malu dan terdesak.

Saya pun check Maybank2u. Confirm saya masukkan dah cukup.

Saya pun balas.

Akak memang dah bank in xxx. Ada pada rekod Maybank2u akak. Akak call tak angkat dan SMS tak balas. Tapi pasal duit contact akak jugak. Selagi tak ubah sikap, awak takkan berjaya.

 

Ni dah habis sopan dah ni. Kalau ikut hati, nak sembur lebih sikit. Tapi sebab saya pun tahu manusia adalah makhluk ego yang rasa apa yang dia buat tu adalah yang terbaik, so saya hantar SMS macam ni jelah.

 

Dan Alhamdulillah satu masalah dah settle. Sekarang pun dah ada pengganti yang jauh lebih baik.

 

 

 

 

One thought on “Pagi Pagi Dah Sedikit Emo

  1. Min

    Inilah tekanan yang bos hadapi kan…Kita selalu dengar orang kata susah nak cari kerja, tapi sebenarnya bos yang lagi susah nak cari pekerja 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *