Orang Yang Terhormat adalah Orang Yang Menghormati Orang Lain

Semasa saya menulis catatan ini, saya baru sahaja balik daripada Makmal Komputer di UTM untuk subjek .NET Programming. Sebenarnya, kelas saya tadi sepatutnya bermula pada pukul 9am dan berakhir pada 12pm. Malangnya lecturer yang sepatutnya mengajar kami tidak datang dan juga tidak menjawab panggilan kami.Saya rasa sangat kecewa dengan sikap beliau ini. Sebelum ini pun beliau selalu lambat untuk setiap kelas. Bayangkan, kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 9, tapi beliau hanya akan sampai dalam pukul 10 lebih.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah pesanan arwah umi saya. Umi saya selalu berpesan kepada saya dan adik-beradik yang lain agar menghormati orang lain. Menurut umi saya, orang yang terhormat adalah orang yang menghormati semua orang di sekelilingnya. Tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang.

Dalam kejadian pagi ini, saya merasakan bahawa pensyarah kami tidak menghormati masa kami. Betul, beliau adalah seorang pensyarah yang sangat sibuk dan masa beliau adalah bernilai. Betul, kami cuma student dan masa kami mungkin tidak bernilai sepertimana masa beliau. Tapi, kami pun adalah manusia biasa yang mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dibereskan. Jika beliau tidak dapat hadir, apalah salahnya kalau beliau menghubungi kami dan memberitahu hal ini awal-awal agar kami dapat membereskan urusan kami yang lain; dan bukannya menghabiskan masa kami untuk menunggu kehadirannya.

Walaupun perkongsian hari ini agak pedas, saya harap rakan-rakan dapat mengambil iktibar. Walau siapapun kita, walau apapun pangkat kita, walau sesibuk manapun kita, hormatilah masa orang lain. Dari situ, barulah kita betul2 menjadi orang yang terhormat.

One thought on “Orang Yang Terhormat adalah Orang Yang Menghormati Orang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.