Menyampah

Hari ni keluar iklan di Metro untuk kali ketiga.

Alhamdulillah dapat feedback yang baik. Ada yang call tanya direction untuk ke butik dan outlet. Ada yang nak beli borong. Ada yang beli secara online. Dan ramai juga LIKERS baru di Facebook page.

Yang tak bestnya, mamat gatal minggu lepas ada hantar SMS dan miss call. Padahal suami dah ugut nak report polis. Tapi masih berani lagi nak contact.

Pastu ada beberapa orang hantar SMS nak berkenalan. Dan ada juga beberapa nombor yang dok buat miss call berulang ulang kali.

Serius menyampah sangat!!!!!

 

Kenapalah ada makhluk-makhluk desperate yang macam ni. Nampak sangat loser.

 

Mungkin jugak yang miss call tu orang yang berminat dengan produk Benang Hijau. Tapi takkanlah sayang sangat kredit. Kalau nak call pun sayang duit, mungkin bukan pelanggan yang berkualiti la kan.

Ada jugak yang nak bazirkan masa dengan bertanya soalan sama secara berulang-ulang. Contohnya awak ni jual shawl @ selendang? Selendang ni kena lilit @ belit?

Kalau tanya sekali boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau dok SMS dan tanya soalan yang sama berulang-ulang, boleh migrain orang yang menjawabnya.

2 thoughts on “Menyampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *