Kisah Suami Tak Guna

Semalam berbual dengan seorang teman rapat dan dia menceritakan kisah seorang suami yang tak guna.

Serius sakit hati dengar kisah dia ni.

Kalau nak cerita memang panjang lebar. Pendek kata suami ni memang hampeh sangat. Tak bagi nafkah. Jarang balik ke rumah. Isteri masuk hospital pun tak datang jenguk.

Bila dengar kisah ni, rasa menyirap je. Rasa geram je dengan suami yang tak guna ni. Rasa nak tolong terajang je.

Sebelum kahwin bukan main mengejar-ngejar. Bila dah dapat buat macam ni. Serius geram.

 

Beberapa hari lepas pun sama. Berbual dengan seorang staf kedai sebelah. Dia seorang mualaf. Dia mengadu suami dia malas bekerja. Suami dia ada ijazah tapi sekarang tak ada kerja. Pastu taknak kerja yang cikai-cikai. Nak kerja ofis yang hebat-hebat je.

Selagi tak dapat kerja bagus, taknak kerja. Jadi terpaksalah dia kerja syif untuk sara keluarga.

Punyalah malas punya laki sampaikan dia minta hantar pergi kerja pun taknak. Nak goyang telur je kat rumah.

Yang buat saya hangin lagi, suami dia pun cepat naik tangan. Salah cakap sikit, kena pukul.

Kalau ikut hati, rasa nak suruh isteri tu tinggalkan si suami sekarang jugak!!!!

 

Tapi tak boleh nak komen lebih-lebih kan. Sebab kita tak berada di tempat isteri. Pengalaman hidup kita pun tak sama. Pasti ada sebab kenapa isteri dia masih bertahan.

Kepada para pembaca yang mungkin alami masalah yang sama. Masalah suami hampeh. Suami tak guna. Suami curang. Suami kaki pukul. Suami tak bertanggungjawab. Cubalah buat keputusan yang terbaik.

Jangan terima bulat-bulat perlakuan suami. Jangan biarkan diri anda sengsara hanya kerana ‘takut orang kata’.

Jangan sesekali buat keputusan disebabkan pandangan orang lain. Sebab sebenarnya orang lain pun tak kisah sangat tentang kehidupan anda.

Yang tak boleh makan, anda. Yang kena pukul, anda. Yang kesepian, anda.

Kita manusia. Bukan lembu yang boleh dibuat sesuka hati. Jadi, jangan jadi bodoh macam lembu!

2 thoughts on “Kisah Suami Tak Guna

  1. Min

    Itulah kisah hidup orang masing-masing tak sama. Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Orang yang belum kawin pun stress sbb orang asyik tanya itu ini. Tp kahwin pun belum tentu bahagia.

    Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. InshaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *