Kisah Pembantu Rumah Yang Tak Sedar Diri

Kat rumah korang selalu tak dapat katalog Giant?

Rumah saya ni berdekatan Giant dan memang kitorang selalu dapat.

Dulu-dulu memang katalog tu langsung tak dibuka dan jadi sampah je.

Tapi sekarang Saphira suka sangat dengan katalog Giant ni.

Bila dah dapat tu kan, sibuklah nak minta saya dan suami belikan lauk tu, lauk ni, sayur tu, sayur ni dan buah-buahan dalam katalog.

Dari satu segi, bagus jugak sebab kalau tidak dia pun tak dapat nak bagitau kitorang apa yang dia nak.

Tapi lama-kelamaan rasa geram pun ada. Kemain lagi nak mengorder. Makan nak sedap aje.

Pastu dah pandai buat muka. Kalau tak dibelikan, tarik muka masam.

Semalam dia ada tunjuk-tunjuk katalog minta suami saya belikan. Kebetulan hari ni saya dan suami singgah ke Jusco Permas untuk berjumpa pelanggan jadi suami pun ambil peluang beli barang yang dikirim.

Bila sampai rumah, dia tak puas hati sebab ada sejenis sayur yang dia nak takde.ย Buat muka masam pastu siap tanya kenapa tak beli sebab dia nak masak sayur tu esok.

Amboi amboi… Bukan main lagi kau ya.

Pastu sedang kami berbuka puasa, ada orang call dia dan dia dok bercakap dalam bahasa Vietnam kat meja makan. Suami dah hangin je. Terganggu mood buka puasa. Bila kami tegur suruh dia bercakap kat ruang tamu, dia siap tanya,

“Kenapa? Tak boleh ke nak cakap kat sini?”

 

Wah wah wah.. kemain ko ya. Makin hari makin sakit hati dengan gelagat minah ni.

Sekarang saya pun tengah cuba dapatkan bibik baru daripada Indonesia. Memang betul saya pun ada pengalaman buruk dengan bibik Indon. Tapi pengalaman manis pun ada. Dapat bibik yang sangat baik sampaikan saya sekeluarga menangis bila dia nak balik.

Dapat je bibik baru, memang nak hantar balik je si Saphira ni. Malas dah nak melayan cekadak dia.

 

Maaf la kalau makin hari penulisan saya makin garang. Memang bila ada banyak pekerja ni cabarannya pun lebih banyak.

Pagi tadi pun saya ada meroyan dengan staf di outlet yang suka merayap. Setiap kali datang outlet, dia takde. Dah geram sangat, ย pagi tadi saya terus sound dia,

Sekali lagi akak datang awak tak ada, tak payah datang kerja terus!!

 

Nampaknya impian nak jadi bos yang tegas dan hampir tercapai. ๐Ÿ˜›

 

6 thoughts on “Kisah Pembantu Rumah Yang Tak Sedar Diri

  1. Min

    Betul la FM, makin lama rasa FM semakin garang… Hehe…

    Semoga dipermudahkan ye segala urusan. Tak sabar nak jadi bos jugak ๐Ÿ™‚ Min next week ke Kemboja. Hasrat ke Vietnam masih belum terlaksana.

  2. marziah

    Pn. Fadz, aku rasa ko mmg tegas dari dulu..bukan garang tapi tegas…ingat lagi macammana ko bertekak dengan tuan rumah di rumah sewa pulai utama dulu..wakaka…memory sungguh..terasa rindu plak nak meronggeng bersama-sama u and dayah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *