Kisah Milo..

Entri ni adalah entri lepas geram.

Pagi tadi saya breakfast di sebuah gerai. Saya order milo suam. Tapi yang saya dapat bukanlah Milo tetapi air coklat.

Ni bukan kali pertama. Ada beberapa kedai pun sama. Gunakan coklat jenama lain sebagai pengganti Milo.

Saya order air Milo. Bukan air coklat, tak kisahla jenama apa-apa.

Kalau memang Milo mahal, takpe. Jual pada harga yang berpatutan. Tapi jangan pulak jual air coklat jenama lain, dahlah mahal jugak.

Kepada peniaga-peniaga yang membaca entri ni, tolong jangan tipu pelanggan macam ni ya. Pelanggan bukannya tak tahu. Dah berpuluh tahun minum Milo mestilah dapat rasa perbezaannya.

Kalau pelanggan tahu, pelanggan akan rasa geram dan hilang kepercaayaan dan dapat dosa menipu. Kalau pelanggan tak tahu pun, dapat juga dosa menipu.

Saya akhiri dengan ucapan,

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *