Kisah Driver Teksi Yang Bodoh..

Hari ni sakit hati sangat dengan dua orang driver teksi yang bodoh.

Dalam pada saya berbisnes di Vietnam, hari ni memang bersejarah. Sebab dapat dua pengalaman yang sangat menggeramkan.

Yang pertama, siang tadi.

Dalam pukul 4.30 petang, saya dan ahli rombongan menaiki dua teksi untuk ke tempat borong kain. Kawan saya dah bagi direction kepada pemandu teksi untuk pergi ke tempat tersebut.

Alih-alih dia bawa kami ke airport. Sengal tak?

Bila dah jadi macam ni, saya call kawan saya dan minta dia bagi direction kepada pemandu teksi.

Punyalah lama kami sesat sampaikan ahli rombongan pun dah selesai urusan di tempat borong kain.

Jadi kawan saya minta suami dia tunggu di satu tempat berdekatan airport dan seterusnya kami terus ke tempat makan.

Yang bestnya, kami sama-sama sampai di tempat makan. Punyalah lama kami sesat kan. Duit teksi tu pulak dah boleh beli 2 pasang kain Cotton. Geram sangat!

 

Malam ni pulak kes yang hampir sama.

Saya nak pergi ke rumah seorang tukang jahit. Dia datang hotel dan bagi direction kepada pemandu teksi.

Jalan punya jalan, sang pemandu boleh cakap dia tak tahu nak pergi mana. Last-last kami patah balik ke hotel.

Duit teksi tu pulak sama dengan sepasang kain Cotton.

Suami saya memang dah hangin. Tapi hangin hangin pun tetap kena bayar duit teksi.

Bodoh kan?

Kalau kau tak faham direction, kenapa kau suruh kitorang naik je? Tanyalah betul-betul kan.

Tapi kalau kau pandai, mungkin kau pun tak jadi driver teksi pulak kan. Tapi serius geram. Buang masa, tenaga dan duit.

Macam ni lebih baik saya pergi urut dekat spa. Dah boleh dapat urutan satu badan dengan kos yang hampir sama.

 

Kesimpulannya…

1. Pastikan pemandu teksi betul-betul tahu ke mana nak pergi.

2. Ada nombor telefon tempat yang nak dituju.

3. Pastikan telefon berfungsi dan ada kredit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *