Sunday January 20, 2008 00:18
Kenangan Pahit di VS Industry
- Tidak mendapat komputer sendiri (Bayangkan semua engineer tidak mempunyai komputer sendiri tetapi terpaksa bergilir-gilir menggunakan 2-3 buah komputer yang telah disediakan. Walaupun kita mempunyai perkara penting untuk dilakukan, kita terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan komputer. Senior engineer juga terpaksa berkongsi kemudahan ini.
- Hari sabtu adalah hari bekerja dan jika kita mengambil cuti pada hari sabtu, cuti tidak dikira sebagai cuti separuh hari sebaliknya cuti penuh
- Waktu rehat yang sama di antara operator, engineer dan semua staff. Waktu rehat pagi dan petang dan pula cuma 15 minit dan terpaksa pula berebut2 dengan operator. Selepas waktu rehat, tiada sesiapa dibenarkan untuk berada di kantin – Sesiapa yang pernah menjadi engineer/supervisor pasti faham betapa menyampahnya saya dengan situasi ini. Ini kerana, kadangkala kita terpaksa menyiapkan kerja kita tanpa mengira waktu rehat dan waktu makan kita menjadi tidak menentu.
- Untuk membantu syarikat berjimat pula, setiap kali waktu rehat lampu dan aircond akan ditutup. Pekerja yang melanggar arahan ini akan didenda RM10. Saya pernah mengalami situasi di mana saya saya perlu menyiapkan report pada waktu rehat dan terpaksa melakukannya di dalam keadaan yang gelap dan panas.
- Walaupun company mempunyai sistem email, hanya senior staff sahaja yang mendapat kemudahan ini, staff baru terpaksa menggunakan email sendiri (yahoo, gmail or whatever) untuk berurusan dengan customer. Nampak tak profesional sangat,kan?
- Disebabkan polisi syarikat yang terlalu ketat, klinik panel sangat tegas dan sangat susah memberi MC kepada para pekerja. Pada satu ketika, seorang operator untuk projek saya telah pengsan kerana tidak sihat, dan telah dibawa ke klinik. Apabila sampai di klinik, dia telah sedar tetapi masih lemah. Malangnya dia tidak berjaya mendapat MC pada hari tersebut kerana menurut doktor terbabit, pihak syarikat telah memaklumkan bahawa selagi seseorang pekerja masih boleh berjalan, MC tidak boleh diberikan. How nice of them…
- Medical coverage yang sangat minimum. Saya pernah pergi ke klinik panel kerana demam. Selepas itu, saya juga meminta ubat tambahan. Namun begitu, doktor mengatakan bahawa dia hanya boleh memberi ubat demam kerana jumlah yang ditetapkan oleh pihak syarikat iaitu di dalam lingkungan RM20 tidak mencukupi untuk membayar ubat tambahan yang diminta.
Hari ini saya ingin berkonsi kenangan pahit saya semasa bekerja sebagai seorang engineer di VS Industry. Bukan untuk memburuk-memburukkan tempat saya pernah mencari rezeki tetapi sebagai pedoman kepada rakan-rakan yang mungkin sedang mencari kerja.
Sebenarnya saya sendiri hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja di VS Industry. Tetapi kenangan pahit saya di sana mengajar saya menjadi lebih bersyukur apabila mendapat pekerjaan di tempat yang lebih baik. Kisah yang saya alami ini berlaku pada Jun 2004 sehingga Ogos 2004 dan mungkin segala peraturan yang akan saya ceritakan di bawah ini tidak lagi wujud di sana.
Antara peraturan yang sangat menjengkelkan dan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti selepas dua bulan bekerja adalah seperti berikut:
Jika anda pernah bekerja tempat yang sama ataupun lebih teruk daripada pengalaman saya, anda dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda sebagai renungan kita bersama.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
- Category: Luahan Rasa
- (6) Comments






BAGAK
February 1st, 2008 at 12:09 am
saya boleh kerja 2 minggu sahaja jika macam tu punya syarikat
eezammyahya
April 15th, 2008 at 2:39 am
V.S Industry macam2 aku dengar pasal kilang ni…ramai jugak lari kat tempat aku….Celestica…kawan2 aku yg keje sana pun cakap kilang ni cam si**.
firdaus
June 25th, 2008 at 10:44 am
Salam.. sy pun antara mangsa yg penah bekerja di VS Industry. Setuju dgn Mr Fadzilah. Bkn nk kufur nikmat tp itu adalah reality… Tp sbb xde keje punya fasal tpaksa bertahan smpi 8bln yg penuh azab. Kes plg teruk rkn sejawat sy berhenti keje dgn notis 24 jam dgn tampal notis kat pintu opis aje..haha
Azman
December 14th, 2008 at 1:59 am
hm…… anda lebih beruntung….
tempat keje saya ada 4 komputer jer… 1 printer lpas tu di kongsi plak dengan hampir 70 pegawai… how nice?
sabar juga…
kalo demam ker… sakit ker… kena juga pi kerja… kalo tak x der saper yg nak buat kerje kiter tu… hmmm….
kolo sakit plak, pi lah kelinik kerajaan, tak pon pi lah bayar sendiri kat swasta… takder panel-panel langsung.. sedihnya..
ader degree, gaji pon 6 tahun dah keje dapatlah rm2004.50 sen jer…
bagi tau kat saya lah nak kerje kat vs tu..
rasa mcm nak balik KT keje kt maiden atau giant baru buka tu lagi ada baik…
bersyukur dengan nikmat yg kita perolehi…
the.scapegoat
February 18th, 2009 at 6:11 am
Hehe..lain badan lain nasibnya. Tak apa, saya dahulu pun, macam you jugak, pesimis. Rupanya kita kene tanamkan sedikit sikap optimis lebih sikit dan berpada2 untuk menangani syarikat sebegini. Sebenarnya, saya ni mudah kecut perut juga, tapi saya memaksa diri dengan sikap selamba dalam paksa.
Saya pernah bekerja dengan syarikat sebegini, namun saya tak ada masalah nak buat apa saja mengikut apa yang saya mahu. Pernah boss assign tugas untuk saya dan seorang rakan, lalu kredit hanya diberikan kepada rakan tersebut sahaja. Dahla rakan tersebut ilmunya macam kuda kayu saja, kita yang buat kerja dari A-Z. Lalu tugasan tersebut, saya serahkan kepada rakan tersebut dan saya terus cuci tangan hinggakan dijemput masuk meeting berkali2 pun, saya buat tak peduli saja. Baru dia orang tahu azab nak buat kerja tersebut.
Balasannya, appraisal saya setiap tak sehebat mereka yang suka ikut punggung boss walau kemana. Namun saya punyer motto, “GRAB WHAT YOU CAN! Don’t you know there’s something inside your head”, alunkan macam Eddie Vadder sebut dalam lagu BREATH – PEARL JAM. Paling best, saya tak segan silu menyatakan apa yang saya mahu kepada boss kecil atau besar, dengan cara yang sewajarnyalah. Takkan lak nak berkasar dengan dia orang pulak.
Bayangkan CEO pun saya leh layan dengan slang Inggeris dan phonetic saya sendiri hinggakan boss kecil dan besar naik jeles. Padahal SPM, result English saya memang kambing sungguh. Sbb English ni, bukannya result menentukan kemampuan sebenar kita. Ada banyak masa lagi kita boleh perbaiki. Hanya 5-6 bulan saja kalau kena gayanya.
Yang penting mereka perlu tahu yang staff tak semestinya menurut kemahuan boss mereka sahaja. Boss pun, kenalah tahu ambil hati staff. Bukannya hanya mengarah itu ini sahaja. Jika dia jenis ni, ask him to be more realistic.
Perlu kita ingat, tanamkan harapan HARAP PADA ALLAH. Saya juga selalu mencadangkan agar para pekerja shift dibenarkan bersolat Jumaat walaupun boss kelihatan keberatan. Jangan kita dah jadi kuli, pastu takut nak nyatakan pendapat. Saya juga tak kesah apa mereka nak boikot kerja2 saya, sbb rezeki hanya ALLAH yang tentukan.
Cuma saya pun tak tahulah saya mampu buat ke tidak macam ni kat VS Industry. Cuma bila rasa GERAM dah lebih HADnya, time inilah saya tak peduli siapa orang di depan saya lagi. Taklah sampai nak bertumbuk, tapi cukup untuk dia ingat yang saya pun bukanlah orang yang mudah untuk dikuasai sahaja.
leonidas
June 19th, 2009 at 11:39 am
patutla aku tengok kat paper dan jobstreet, V.S. Industry sentiasa ada kerja kosong, kekadang post yang sama gak….so kepada pencari kerja…kena selalu monitor benda ni…kalau kompeni tu selalu iklan untuk post yang sama, mesti ada yg tak kena disana……….