Keinginan Tak Cukup Kuat

Dah dekat pukul 3 pagi tapi tak dapat tido.

So jom kita ulas topik keinginan tak cukup kuat.

 

Hari ni ada seorang calon model Benang Hijau hubungi saya untuk confirmkan tarikh shooting.

Sebelum ni saya pernah bagitau bahawa shooting akan dibuat di siang hari pada hari bekerja. Dan dia pulak reply bahawa dia hanya boleh shoot malam @ weekend sahaja. Saya cakap takpelah kalau jadi saya inform dia semula.

Disebabkan malas nak melayan orang yang keinginan tak terlalu kuat, saya pun dah set date dengan model lain.

Bila dia hubungi saya dan bertanya pasal tarikh shooting, saya pun reply saya dah confirm dengan model lain yang available untuk shoot pada waktu siang.

Dia pun macam kecewa.

 

Pada saya, kalau dia betul-betul nak, takkan tak boleh ambil cuti setengah hari. Shooting pun bukannya lama sangat. Dalam dua jam je.

 

Ini kononnya nak sangat, tapi nak ikut kesesuaian dia pulak. Belum apa-apa dah berlagak diva sangat. Yang deal ni pulak ibu mengandung yang makin garang. Confirm la malas nak melayan.

 

Selain dari golongan macam ni, ada satu lagi golongan yang bikin panas. Golongan makhluk yang janji nak kerja tapi lepas tu tak jadi.

Saya dah beberapa kali terkena. Masa interview kemain nak kerja. Sampai masa, tak jadi. Kalau bagitahu awal-awal takpelah.

Ada yang terus diam sampai ke sudah. Ada yang bagitau masa hari yang sepatutnya dia kerja. Dan ada juga yang bagitau tengah tengah malam pada hari sebelum dia sepatutnya start kerja.

 

Beberapa bulan lepas ada seorang adik ni berminat sangat nak kerja di kiosk Benang Hijau.

Dia dah kerja di kedai berdekatan tapi bila saya tampal jawatan kosong, dia pun hubungi saya bagitau nak kerja sebab ada masalah dengan rakan sekerja dia.

Walaupun dia nampak macam okay sangat, tapi saya tak ambil dia disebabkan taknak ada masalah dengan bos dia. Yelah berniaga tempat sama. Rasa tak best nak buat macam tu. So saya terpaksa reject dia.

 

Tak lama lepas tu dia berhenti kerja.

So minggu lepas bila pekerja saya nak berhenti mengejut saya ada SMS dia tanya nak kerja atau tak. Dia kata okay dan boleh terus start esok.

Alih-alih pukul 12 malam SMS bagitau tak boleh kerja sebab dia pun nak berniaga jugak dan permohonan dia untuk buka kedai diluluskan. Bila saya SMS dia boleh tak tolong jaga sekejap sementara saya dapat pengganti, dia terus diam.

Geram je. Betul-betul menyusahkan. Kalau memang taknak, bagitau la awal-awal. Takkan tengah-tengah malam saya nak SMS calon lain.

So esoknya PA saya yang ganti dulu buat sementara dan Alhamdulillah malam tu jugak dapat staf baru.

 

Semalam dia SMS saya tanya ada kerja kosong lagi tak. Sengal sangat. Dahlah cancel tengah tengah malam. Pastu kita minta tolong terus diam je. Kalau takde orang nak kerja pun, saya rela jaga sendiri dari ambil dia. Memang sekarang saya terus pangkah je orang-orang macam ni. Menyakitkan hati je.

 

Kepada adik-adik yang suka buat kerja macam ni, meh akak nak bagitau sikit..

 

Adik, kalau adik taknak kerja, ramai lagi yang nak kerja dik. Akak ni bukannya nak ambik adik sangat tapi kesian. Kalau adik rasa taknak kerja, akak tak kisah pun dik non sebab ramai lagi yang dalam waiting list.

Kalau tetiba akak kata awak dah diterima bekerja tapi pada hari yang dijanjikan akak ambil orang lain apa perasaan adik?

Kalau macam ni cara adik, baguslah adik tak kerja dengan akak. Akak doakan adik berjaya dalam apa jua bidang yang adik ceburi ya. Kirim salam pada majikan baru adik.

 

p/s : Maafkan ibu mengandung yang emo. Hihihi..

3 thoughts on “Keinginan Tak Cukup Kuat

  1. hayrin

    sesekali ibu mengandung melepaskan kata2, seriau gak di buatnyer kan 😉 stay cool boss, nnti takut bby yaya turut garang sama..hi..hi..hii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *