Jengkel Dengan Cara Penulisan Sambil Lewa Oleh Penghantar Komen

Semalam saya menerima soalan berikut daripada seorang pembaca.

salam Pn.Fadzilah

saya n suami ada brcdang utk buka kelas tuisyen pd thun ini di area kuala terengganu. sbg guru, sy trut ditugaskan utk mengjar tuisyen di sek men.dngn pnglmn yg ada, sy bercdng utk memprkmbangkan kmhrn ini dgn membuka kelas tuisyen

kmi bru meninjau peluang yang ada di skitar tmpt kami. sy alu-alukan cdngan & pndpt drp Pn. Fadzilah. adkh kptsn kami ini betul2 tepat?adakah byk risiko yng perlu kami tempuhi kemudian?

sekian.tq

Saya akan menjawab soalan ini di dalam entri berikutnya. Sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan apakah perasaan saya setelah menerima komen ini.

Tahukan rakan-rakan apakah perasaan pertama saya setelah menerima komen ini?

Saya merasa jengkel dengan cara penulisannya yang sambil lewa. Saya juga merasakan bahawa penulis komen ini merupakan seorang yang ambil mudah di atas kerja yang dilakukan. Ini kerana, sebagai seorang yang mendakwa dirinya seorang guru saya sangat kecewa dengan cara penulisannya yang banyak menggunakan singkatan dan mengandungi banyak kesalahan dari segi ejaan.

Rakan-rakan yang mengenali saya dengan rapat pastinya tahu bahawa saya bukanlah seorang yang cerewet tentang  hal-hal sebegini. Namun begitu apabila ia melibatkan seorang guru saya merasa kecewa dan hampa. Kalau beginilah cara pembaca ini menulis, bagaimana pula dengan anak-anak muridnya? Saya harap guru ini bukanlah guru Bahasa Melayu…

Saya akui sekarang ini ramai orang yang ambil mudah tentang singkatan dan kesalahan ejaan di dalam menulis mesej atau email. Kadangkala singkatan yang digunakan hanya difahami oleh empunya diri. Ditambah pula dengan ejaan yang salah, menyebabkan saya terpaksa membaca email atau mesej berulang-ulang untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

Jikalau kita betul-betul ingin meminta pertolongan atau pendapat orang lain, yang pastinya akan mengambil sedikit masa mereka untuk membantu kita, apa salahnya jika kita sendiri mengambil sedikit masa kita untuk menulis dengan bahasa yang mudah difahami, tanpa menggunakan singkatan, dengan menggunakan ejaan yang betul dan membaca kembali mesej kita sebelum menghantarnya kepada orang lain.

Sebab itulah kadangkala saya mengambil masa yang agak lama untuk membalas email atau komen daripada pembaca dan juga apabila menulis di blog saya ini. Ini kerana, saya akan membaca semula apa yang ditulis berulang-ulang bagi memastikan tulisan saya tidak mempunyai kesalahan ejaan dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Semoga luahan hati saya pada hari ini dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan di dalam perhubungan dengan sesiapa sahaja. Penggunaan bahasa dan cara penulisan yang baik bukan sahaja memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan, malah mampu meningkatkan kredibiliti kita.

Saya akhiri entri ini dengan kata-kata berikut:

There’s no second chance to make a good first impression

Ikhlas,

8 thoughts on “Jengkel Dengan Cara Penulisan Sambil Lewa Oleh Penghantar Komen

  1. admin Post author

    Mungkin betul jugak kata2 Min tu. Cuma akak teringat kata2 "How you do anything is how you do everything" oleh T. Harv Eker.

  2. Siti Zaleha

    Salam pengenalan..saya pun tak berapa setuju dengan cara penulisan begitu..lebih lagi seorang guru yang sepatutnya lebih teliti dari segi bahasa kerana mereka ini adalah orang yang selalu berinteraksi dengan pelajar yang baru mengenal bahasa yang betul..

    1. FadzilahMamat Post author

      Bagus sangat bila Fiza dapat ambil iktibar dari coretan akak ni. Bahasa yang kita gunakan melambangkan diri kita.

      Kalau guna bahasa yang sopan, melambangkan diri kita seorang yang bersopan.

      Kalau guna bahasa yang cincai, melambangkan diri kita seorang yang cincai.

  3. Azz

    saya berkongsi perasaan yang sama dgn puan fadzilah. yg paling geram, bila tulisan/mesej diorang tu, empunya diri je yang faham. kita yang membaca mesej tu, terkial2 nak faham apa la yang diorang nak sampaikan sebenarnya..

    saya suka cara puan selitkan quotation/kata-kata hikmah dalam setiap entri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *