Jangan Malu Untuk Meminta Pertolongan Orang Lain

Hari ini saya telah menghubungi seorang rakan saya yang sedang terkial-kial menyiapkan tesis untuk pengajian Mastersnya. Sepatutnya dia dah menyiapkan tesis ini pada bulan lepas dan sudah selesai membuat pembentangan. Namun disebabkan tesisnya belum siap ditulis, maka dia tidak dapat membuat pembentangan pada semester ini dan kemungkinan besar dia terpaksa menangguhkan pengajiannya di semester hadapan.

Bukanlah niat saya untuk menyibuk. Tetapi saya rasa kasihan kepada rakan saya ini kerana beliau sepatutnya sama2 menamatkan pengajian bersama2 saya dan rakan2 yang lain pada April yang lepas. Namun begitu, disebabkan masalah percintaan (dan terlalu mengikut perasaan) dia telah menangguhkan pengajian. Yang lebih kasihan, disebabkan tidak mahu meminta pertolongan orang, nampaknya dia terpaksa menyambung pengajiannya selama satu semester lagi.

Kenapa saya nak menyibuk? Hehe… soalan mencabar ni.

Saya sebenarnya kesian kerana yuran pengajian kami sangat mahal (Hampir RM7000 satu semester) yang terpaksa ditanggung sendiri sekiranya pelajar menangguhkan pengajian. Sedangkan saya sangat mengenali rakan saya yang bukanlah berasal dari keluarga yang berada.

Pada bulan lepas, saya telah menghubunginya untuk mengetahui status terkini penulisan tesisnya dengan niat untuk membantu setakat yang termampu. Bila saya bercakap dengan dia, dia terus mintak tolong saya untuk datang berjumpanya pada malam tu jugak untuk membantu dia menyiapkan draf tesis kerana dia masih belum menyiapkan 2 bab. Bila saya tanya bila tarikh hantar. Jawapannya adalah “Semalam!”

Geram betul saya mendengarnya. Kalau ye pun nak mintak tolong, hubungilah saya atau rakan2 yang lain lebih awal. Janganlah mintak tolong selepas due date dan nak expect kita sama2 rushing untuk menyiapkan tesis dia. Dahlah saya ni sudah berkeluarga dan sedang mengandung, takkanlah saya nak menemaninya berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan draf tesis yang sepatutnya disiapkan lebih awal.

Panjang pulak cerita saya ni kan? Kalau diikutkan, ceritanya lebih panjang tapi saya cuma nak rumuskan bahawa janganlah malu untuk meminta pertolongan daripada rakan-rakan anda. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang lemah memang tidak boleh hidup sorang2. Ada masanya kita perlukan pertolongan daripada orang lain.

Mungkin ada orang yang merasa malu untuk meminta pertolongan orang lain. Namun begitu, percayalah bahawa bila kita meminta pertolongan seseorang, secara tidak langsung kita juga membantunya.

Macamana tu?

Macam ni… Bila rakan kita tolong kita, dia akan dapat pahala dan juga akan “feel good about themselves”. Cuba tanya diri kita sendiri, bila kita tolong orang secara ikhlas, adakah kita rasa gembira? Sudah tentu jawapannya adalah Ya! Begitulah juga perasaan orang lain yang menolong kita.

Kesimpulannya? Jangan Malu Untuk Meminta Pertolongan Orang Lain! (Tetapi Berpada2 La Ye!!)

3 thoughts on “Jangan Malu Untuk Meminta Pertolongan Orang Lain

  1. cikaoo

    selalu juga rase bangga dapat tolong member.
    memang berbesar hati bantu dorang.

    tapi what if when we really needs their help,
    kene bagging, baru dorang nak tolong.

    kebanyakkan manusia sekarang yang dijumpa,
    susah nak beri pertolongan.

    mestilah rasa tak sedap kan.

  2. min

    betol tu…but sometime kita rs ego n try to solve sendiri sume masalah kita…n rasa malu nk minta tlg..Tp sebenarnya kita hanya minta tlg, bukan paksa orang tolong.So xperlu la rs malu sgt,hehe….

    btw, thanks to k.manje sbb byk share info n always be a good friends…

    hehe.

  3. admin Post author

    Akak setuju sangat dengan apa yang Min cakap tu, "Kita hanya minta tolong, bukannya paksa tolong.." Bijak-bijak…

    So lepas ni jangan malu nak minta pertolongan rakan-rakan tetapi jangan pula paksa rakan-rakan untuk menolong.. Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *