Jangan Jadi Usahawan Suka Berlawan & Mudah Sentap

Kadang-kadang letih dengan semangat bersaing sesetengah orang.

Kita berniat ikhlas nak berkawan, tapi dia nak berlawan.

Kita nak berbaik-baik, tapi dia sombong.

Kononnya taknak berbaik dengan usahawan dalam bidang yang sama. Sebab takut usahawan tersebut nak korek ilmu dia.

Wah wah.. macamlah banyak sangat ilmu awak tu kan. Padahal nampak bisnes awak pun kelam kabut je.

Entri ni tak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik, apatah lagi kepada sahabat-sahabat saya yang mungkin membaca entri ni.

Ini adalah tentang sikap usahawan secara general.

Memang ramai bersikap macam ni.

Taknak berbaik-baik dengan usahawan lain. Nak berbaik dengan pelanggan dia sahaja.

Ada juga usahawan yang jenis mudah sentap. Bila kawan tak beli barang dia, kononnya kawan tu tak support dan lepas tu bawa mulut tentang kawan tu.

Mungkin orang macam ni kurang faham konsep pemasaran.

Sesetengah orang ambil masa untuk membeli sesuatu. Mungkin masa awak promote tu, orang tu tengah tak ada duit, ada masalah, ataupun dia baru je beli barang yang sama dengan orang lain.

Sabarlah… Jangan mudah nak melatah.

Orang yang tak beli sekarang mungkin akan beli 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Dan mungkin juga dia menjadi pelanggan tetap yang membeli dalam kuantiti yang banyak.

Jangan ingat rakan usahawan lain adalah pesaing kita. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Manalah tahu suatu hari nanti kita mencuba bisnes yang baru. Kalaulah sebelum ni kita dah ada hubungan yang baik dengan rakan usahawan lain, mungkin kita boleh share dengan diorang. Dah tentu diorang pun otak bisnes.

Tapi kalau kita asyik nak berlawan dengan usahawan lain, memang takkan maju.

Ok bye.

 

One thought on “Jangan Jadi Usahawan Suka Berlawan & Mudah Sentap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *