Jadilah Manusia Yang Bertanggungjawab!

Pagi ni ada seorang staf yang mintak advance.

Awal bulan lepas dah mintak advance sebab nak bertunang. Saya pun bagi je tanpa banyak soal.

Pagi ni mintak advance lagi dengan alasan nak bayar sewa rumah.

Adoi… sejak bila pulak sewa rumah menjadi tanggungjawab bos ni.

Ni lah jadinya kalau sebelum ni lembut sangat kan. Asal orang mintak, bagi. Nak advance, boleh. Nak half day, boleh. Nak cuti seminggu, boleh. Semua boleh. Baik sangat kan. Kononnya nak jadi bos paling baik dan disayangi pekerja.

Disebabkan cara mintak advance yang kurang ajar dan memaksa, saya cakap tak boleh.

Lepas tu dia makin kurang ajar. Siap cakap first time dapat bos tak boleh bertolak ansur dan sebagainya.

Pergh… Bukan main lagi kan. Padahal saya sabar je dengan sikap dia selama ni. Nak cuti tak cakap. Nak halfday sesuka hati. Dahlah asyik tersilap cek order pelanggan.

Last sekali saya cakap, kalau macam ni sikap awak, awak boleh terus berhenti. Masa ni dah hilang kesabaran.

Saya buat bisnes untuk gembira. Untuk tolong orang.

Tapi kalau dah sampai tahap sakit hati. Sakit jantung. Sakit jiwa. Dan orang yang nak ditolong pun dah makin kurang ajar dan besar kepala, cukup!

Dah lepas tu saya rasa lega sangat. Tak sabar nak dapat pekerja baru yang lebih baik.

Kepada adik-adik yang masih bekerja, sewa rumah anda bukan tanggungjawab bos. Ansuran motor @ kereta anda pun bukan tanggunjgawab bos. Majlis pertunganan anda bukanlah tanggungjawab bos. Jadilah manusia yang bertanggungjawab.

Jangan amalkan budaya advance. Mentang-mentang kerja syarikat kecik, sesuka hati minta advance. Orang kerja syarikat korporat atau kerajaan mana ada advance dik. Kalau jadi cikgu pulak, tiga bulan pertama kerja tanpa dapat gaji dan lepas tu barulah dapat gaji selepuk.

Kepada yang ada pekerja pulak, jangan jadi macam saya. Dari awal lagi kena tegas. Jangan terlalu bagi muka pada staf. Dari awal interview kena tekankan apa yang anda tak suka dan taknak dia buat.

Okay bye. Nak sambung kerja. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *