Boleh Tak Jangan Paksa-Paksa?

Hari ni saya telah menghubungi seorang kenalan. Tujuan saya sekadar untuk bertanya khabar.

Alih-alih dia nak promote satu peluang bisnes kepada saya. Dengan baik saya menolak. Saya cakap takpelah sekarang pun saya dah sibuk sangat dengan kerjaya di Public Mutual dan juga dengan bisnes Benang Hijau.

Tapi dia nak jugak promote. Nak jugak ajak jumpa untuk terangkan tentang bisnes dia. Ya mungkin bisnes dia bagus. Tapi boleh tak jangan paksa-paksa?

Dia cakap nak datang jumpa saya pada waktu petang tapi saya cakaplah petang ni saya nak interview staff baru. Pastu dia cakap,

Alah bolehlah. Sambil-sambil aku nak tengok baju kat kedai kau.

 

Saya cakap, takpe. Nak datang, datanglah. Memang ada staf kat kedai. Tapi dia tetap berkeras nak jumpa.

Aduyaiiii…. lemah semangat betul dengan orang MLM ni. Kalau orang tak nak, maknanya orang tu memang tak naklah. Boleh tak jangan paksa-paksa?

2 thoughts on “Boleh Tak Jangan Paksa-Paksa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *